in

“Saya ceraikan sebab tak tahan selalu kena pukul” – Viral Wanita Dicerai Kerana Buku Klinik Koyak, Suami Akhirnya Buka Mulut…

Ft Suami Buka Mulut Cerai Isteri Buku Klinik Koyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah media portal melaporkan tentang seorang ibu anak tiga yang diceraikan suami ketika masih di dalam pantang. Menurut laporan itu, wanita berusia 26 tahun tersebut buntu memikirkan bagaimana dia mahu membesarkan tiga anaknya berseorangan.


Dia diceraikan suami pada Khamis lepas (29 Julai) hanya selepas 13 hari melahirkan anak lelaki mereka. Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa dia diceraikan hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.

Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.”

Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa.”

Wanita Dicerai Dalam Pantang

 

“Saya ceraikan dia sebab tak tahan…” 

Selepas tular kisah wanita terbabit, seorang lelaki tampil menafikan bahawa dia menceraikan isterinya itu hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak. Menurut Sinar Harian, bekas suaminya berusia 30-an itu akhirnya memberikan penjelasan dan berkata dia berbuat sedemikian kerana tidak tahan dengan sikap wanita terbabit yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Kata lelaki yang tidak didedahkan identiti itu, cerita daripada sebelah pihak itu hanya memberi gambaran seolah-olah dirinya suami tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengugut mahu mencederakan saya.”

Bagi saya itu agak melampau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya apabila kami bergaduh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia.”

Suami Beli Penjelasan Ceraikan Isteri

 

Pernah bercerai, tidak pernah abai tanggungjawab

Terdahulu, tular di TikTok video bekas isterinya yang dikatakan cuba membunuh diri selepas diceraikan suami ketika masih dalam pantang. Ujarnya, dia terkilan selepas menonton video itu dan tampil beri penjelasan untuk membersihkan namanya.

Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.”

Kami pernah bercerai pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab.”

Dia berkata meskipun sudah tidak bersama dengan wanita itu, dia tetap sayang anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya. Katanya lagi, hanya dia dan bekas isteri saja tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Baca: “Saya serah pada Tuhan” – [VIDEO] Pakcik Viral Akhirnya Buka Mulut, Akui Tidak Kecil Hati

Ft Pakcik Gelandangan Viral Buka Mulut Respon

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.