Siapa yang tak kecewa kalau terlihat dengan mata sendiri orang yang kita sayang dan percaya sebenarnya curang dibelakang kita?
Baru-baru ini, satu video tular di TikTok menunjukkan seorang lelaki kecewa selepas mendakwa ternampak isterinya bersama lelaki lain di rumahnya.
“Saya cari duit macam ni dia balas”
Video yang dimuat naik ini melihatkan seorang lelaki bercakap dengan nada kecewa mengatakan yang dia telah melihat isterinya membawa lelaki lain masuk ke rumah semasa dia keluar untuk berniaga.
@deejayfaz_official3 lagu ni memang sesuai kisah curang pasangan… Neraka tempatnya dosa besar
Kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka ini menunjukkan suami ini menceritakan yang dia telah keluar untuk berniaga namun terpaksa patah balik kerana tertinggal barang sebelum melihat kejadian yang tak disangka-sangkanya itu.
Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ni Ya Allah Ya Tuhanku. Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3-4 pagi baru saya tidur. Allahuakbar.”
Di Facebook pula, laporan polis yang dibuat mengenai kejadian ini telah pun tular dan menurut laporan yang dibuat, suami malang ini berkata ketika dia pulang ke rumah, dia melihat seorang lelaki keluar dari pintu belakang.
Selepas itu saya telah masuk ke dalam rumah dan saya dapati isteri saya dalam keadaan berkemban.”
Dalam laporan ini juga turut memberitahu yang lelaki ini telah menelefon tuan rumah sewanya bagi membantunya menghubungi pihak polis dan imam serta berlaku pergelutan antara dia dan lelaki tersebut.
Semasa pihak polis membawa lelaki tersebut tanpa digari, saya berasa geram dan bertindak membaling pasu hingga berlaku pergelutan. Pihak polis cuba meleraikan pergelutan sebelum membawa lelaki tersebut beredar dari rumah saya.”
Insiden yang tular di media sosial ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan isteri yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ketika suami sedang keluar mencari rezeki.