Umumnya kita tahu yang 31 Oktober lepas, merupakan hari Halloween, satu perayaan yang menampilkan pelbagai jenis kostum yang kreatif, menakutkan dan menyeronokkan bagi individu yang menyambutnya.
Kebanyakan individu yang meraikannya identiti mereka akan berbeza dalam masa satu hari, tapi bila zaman moden ni mereka akan jadikan ikon-ikon terkenal seperti artis, Melly Goeslaw salah seorangnya.
Bagi segelintir artis, ia seperti satu penghargaan, tapi bagi Melly ia satu perkara yang boleh mendatangkan kemarahan. Buktinya, dia ada muat naik satu foto di Instagram sebelum dipadamkan.
Saya bukan hantu” – Melly Goeslaw
Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa marah dan kecewa kerana imejnya dijadikan kostum Halloween, bagi Melly, ia seperti satu ejekan buat dirinya.
Kata Melly, sebenarnya dia tak kisah pun kalau orang jadikan dia sebagai kostum Halloween sebab ini bukan kali pertama dirinya dijadikan sebagai rujukan.
Dia juga tak marah jika ia digunakan dengan betul, bukannya sebagai bahan senda dan bahan gelak umum. Melly menyifatkan tindakan individu yang cuma imitate dirinya itu sebagai satu pembulian.
Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ku Bahagia itu, berterus terang yang dia memang tak suka dengan cara individu itu bawa dirinya untuk Halloween.
Melly juga jadikan contoh selebriti seperti Kourtney Kardashian bersolek seperti Ariana Grande sebagai Kostum Halloween tapi tidak ada masalah kerana dilakukan dengan baik.
“Saya mohon maaf”
Menurut Forum Cari, Kostum penyanyi yang menyamar jadi Melly Goeslow itu adalah hasil kerja jurusolek Bubah Alfian. Bertanggungjawab atas hasil seni yang dilakukannya itu membuatkan tuan empunya badan tersinggung, Bubah membuat permohonan maaf secara terbuka buat Melly.
https://www.instagram.com/p/B4Sq_2iAmJn/
Hurm, lepasni kalau nak jadikan orang lain sebagai bahan rujukan, kenalah buat elok-elok, kalau ada silap akan jadi bahan lawak dan terus akan menyinggung perasaan tuan empunya badan.
Baca : Influencer Diugut Baling Asid Dekat Muka Sebab Tiru Muka Rosmah Untuk Halloween!