in

“Saya boleh buat jauh lebih real”- Peguam Ini Dakwa Video Menteri Tengah ‘Main’ Disunting?

Videosunting2

Pernah terlibat berkaitan dengan forensik komputer di USA untuk Kerajaan Malaysia yang digunapakai bagi Agensi agensi Penguatkuasa sekitar 10 ke 12 tahun lalu.

Peguam ini dah melihat betapa canggihnya teknologi IT pada zaman itu, jadi tidak hairanlah kalau Kamal Hisham Jaafar percaya bahawa video berahi yang melibatkan menteri kanan baru-baru ini tidak sahih.

 

Saya boleh buat jauh lebih real

64478677 1342225932592217 4999142427018133504 N

“SAYA BOLEH BUAT JAUH LEBIH REAL dari video yang disebar oleh pihak pihak tertentu baru baru ini. Pada tahun 1998-2000 saya telah ke USA untuk Program Lepasan Ijazah dan mengkhusus kepada Cyber Laws dan International Business .”

“Saya terlibat di dalam membuat SOP atau Standard Operating Procedure bagi COMPUTER FORENSIC untuk Kerajaan Malaysia yang digunapakai bagi Agensi agensi Penguatkuasa.”

“Segalanya adalah tidak mustahil di dalam dunia IT dan teknik pengubahsuai boleh dibuat pada gambar dan video dengan MUDAH. Jangan mudah terpedaya dari pandangan mata atau pendengaran suara berkaitan IT. Teknologi amat hebat diluar imiginasi manusia.”

Tambah Kamal Hisham lagi, dia tahu samada sesebuah gambar atau video itu disunting ataupun tidak. Malah, berikutan dengan penularan video skandal seks ini, dia menggesa kepada netizen agar tidak percaya bulat-bulat kerana masih belum temui kesahihannya.

 

Saya boleh kenal pasti yang mana betul dan yang mana wujud pengubahsuian

“Saya boleh kenal pasti yang mana betul dan yang mana wujud pengubahsuian. Berkaitan dengan video yang tersebar luas berkaitan skandal sex terhadap seorang pemimpin Negara, NASIHAT SAYA serahkan pada pihak Berkuasa membuat siasatan, bersangka baik dan SENTIASA BERPEGANG KEPADA PRINSIP, “Seseorang itu tidak bersalah sehingga dirinya dibuktikan bersalah.”

Tambahnya lagi, pengakuan daripada sebelah pihak sahaja tidak kukuh untuk menjadikan satu bukti itu sahih, malah video yang terpapar itu bukanlah satu bukti mutlak.

Ada logiknya, kerana macam dia cakapkan tadi, teknologi IT boleh buat macam-macam.

 

Video bukanlah bukti mutlak untuk seseorang itu dianggap bersalah.

“Untuk mensabitkan tuduhan terhadap seseorang ada kaedah kaedah perundangan serta cara pembuktian yang teliti perlu dilakukan, “PENGAKUAN” oleh satu pihak tidak cukup kuat untuk dijadikan satu bukti sahih dan video bukanlah bukti mutlak untuk seseorang itu dianggap bersalah.”

“Bayangkan diri kita atau keluarga menjadi mangsa fitnah tentu ianya satu ujian yang berat yang perlu dipikul oleh tertuduh dan keluarganya. Kita perlu berlaku adil di dalam membuat satu kesimpulan terhadap sesuatu perkara.”

Bagaimanapun, kita serahkan sahaja hal ini kepada pihak berkuasa tentang kes ni.

 

Baca : “Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat” – Azmin Ali Nak Cari Dalang Yang Sebarkan Video Fitnahnya

Azminali Bernama 220518 1