in

“Saya bersyahadah banyak kali…” – Dr. Fauziah Kongsi Detik Cemas Ketika Helikopter Israel Serang Kapal 

Dr. Fauziah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Helikopter Israel di hadapan melancarkan laser dan menyasarkannya kepada saya. Saya bersyahadah banyak kali kerana menyangka saya menjadi salah satu sasaran mereka.”

Itulah salah satu detik mencemaskan yang dikongsikan peserta misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Dr. Fauziah Mohd Hassan, selepas tiba di Istanbul, Turkiye, pada malam Jumaat.


Beliau berkata, serangan itu berlaku ketika kapal mereka didekati helikopter tentera Israel yang terbang rendah.

Menurutnya, angin kuat yang dibawa helikopter hampir menerbangkannya dari tempat duduk.

“Saya duduk di bahagian paling depan kerana tugas saya sebagai Steering Committee (SC) kapal. Saya rasa seperti hendak melayang, tetapi pegang kuat-kuat supaya tidak jatuh.

“Alhamdulillah, walaupun laser terkena kaki dan kepala, tiada kecederaan serius,” katanya kepada Astro Awani.

Dr. Fauziah
Dr. Fauziah

Artikel berkaitan: “Tak semua sanggup gadai nyawa” – PMX Tersinggung Ada Pihak Pertikai Usaha Bantu Gaza

Artikel berkaitan: “Saya pergi kerana anak saya” – Farah Lee Jawab Persoalan Kenapa Sertai Flotila Ke Gaza

Tambahnya, terdapat juga peserta misi yang dikasari semasa kejadian, namun semuanya kekal tenang dan meneruskan pelayaran membawa mesej keamanan serta bantuan ke Gaza.

Menurut Dr. Fauziah, misi itu bukan sekadar menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan, tetapi juga simbol keberanian serta suara wanita yang menentang kezaliman.

“Ramai yang berasa marah dan mahu melakukan sesuatu. Tiada sebab untuk berdiam diri apabila peluang memecah kepungan Gaza terbuka. Silence is not an option,” tegasnya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana selamat tiba di Istanbul selepas melalui detik getir itu, dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.