in

“Saya berkabung di rumah, kamu beri duit boleh?” – Dituduh Tak Jaga Waktu Idah, Bella Astillah Beri Jawapan Pedas!

Astillah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya berkabung di rumah, kamu beri duit boleh?" - Dituduh Tak Jaga Waktu Idah, Bella Astillah Beri Jawapan Pedas!
Loading
/

Semenjak bercerai dengan Aliff Aziz pada bulan lepas, Bella Astillah yang kini sedang melalui tempoh idah selama 3 bulan telah menerima pelbagai komen dan kritikan daripada netizen.

Ramai yang mempertikai tindakan Bella yang masih bekerja, melawa dan tidak menjaga tempoh idahnya dengan baik di media sosial. Pun begitu, bagi Bella semua ni tak penting kerana dia perlu mencari wang untuk menyara anaknya, Ayden Adrean. 


https://www.instagram.com/p/Bxrw_5zjseU/

 

“Kalau kamu boleh tanggung saya, susu dan lampin Ayden, tidak mengapa. Saya boleh duduk rumah berkabung” 

Menurut video yang dimuat naik di instastory, Bella menjelaskan bahawa dia harus bekerja demi menyara kehidupannya dan anak yang berusia 2 tahun.

Tambahnya lagi, kalau ada orang di luar sana boleh memberinya wang tanpa bekerja… haa barulah dia boleh duduk di rumah dan berkabung. Ouch! 

“Kalau kamu boleh tanggung saya, susu dan lampin Ayden, tidak mengapa.

“Saya boleh duduk rumah berkabung tetapi kamu kena beri saya duit. Boleh begitu?” katanya.

https://www.instagram.com/p/BxobI2wAGPA/

 

“Saya keluar cari rezeki semuanya untuk Ayden. Bukan sebab saya tak pandai jaga idah” 

Tambah Bella lagi, kehidupannya sebagai ibu tunggal kini tak mudah kerana dia terpaksa menyara anaknya sendirian.

“Saya keluar cari rezeki semuanya untuk Ayden (anak Bella). Bukan sebab saya tidak pandai jaga idah. Ibu dan ayah saya masih ada menjaga.

“Saya bukan suka-suka tetapi untuk anak saya. Kalau saya tidak kerja, bukan kamu mahu tolong,” katanya lagi.

https://www.instagram.com/p/ByPxrF0jfWP/

Malah disebabkan dia juga telah menandatangani beberapa kontrak bersama IG shop, Bella juga tak boleh melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja. Dia terpaksa bekerja bagi mempromosi produk mereka.

“Jadi saya kena teruskan kerja. Tidak mungkin disebabkan kejadian itu (cerai) tiga bulan saya tidak boleh kerja.

“Saya sudah tandatangan kontrak dengan pemilik kedai di Instagram. Tidak adil kepada mereka,” katanya.

Sumber: Instagram

Apa-apapun kita bersangka baik jelah dengan Bella. Dia keluar bekerja untuk mencari wang untuk anaknya. Kalau ada yang sudi nak ringankan beban Bella, boleh je ‘tanggung’ dia lepas habis idah nanti. Hiks! 

Baca: Aliff Aziz Gila Talak? Muat Naik Tweet Nak Kahwin Semula Dengan Bella Astillah!

Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.