in

“Saya bagi kerjasama penuh” – Zul Ariffin Beri Respon Lepas Disiasat SKMM Isu Adegan ‘Panas’

Page Zul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak hujung minggu lalu memang kecoh di media sosial selepas pelakon, Zul Ariffin memuat naik video adegan ‘panas’ dari drama Perempuan Itu di Instagramnya namun telah dipadam kurang dari 24 jam.


Tindakan Zul Ariffin itu telah mendapat perhatian orang ramai malah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan bahawa akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan isu tersebut.

Ekoran itu, satu kenyataan yang dibuat oleh Zul Ariffin di IG Story miliknya @zul_ariffin pada 22 Mac, mengatakan dia telah bertemu SKMM dan memberikan kerjasama berhubung isu adegan ’panas’nya bersama pelakon Siti Hariesa.

Zul 1

“Adegan takkan dibenarkan ditayang”

Sebelum itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah menerusi akaun rasmi Twitternya @AnnuarMusa, telah memaklumkan bahawa Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM).

Dari tweet tersebut, Tan Sri Annuar menegaskan bahawa adegan seperti ditunjukkan menerusi posting video Zul Ariffin sebelum ini tidak akan dibenarkan ditayang sama sekali pada bila-bila masa.

Sebelum ini, drama Perempuan Itu dijangka bakal menemui penonton pada bulan Ramadan ini namun selepas insiden babak panas dimuat naik, ia mula menjadi perbualan hangat di media sosial. Ramai menganggap adegan seperti itu kurang sesuai dengan adat dan budaya di Malaysia.

Zul Ariffin pun dah bagi kerjasama tu. Harapnya jangan lah berulang lagi ya insiden yang sama lepas ni…

Baca: “Dia gatal sebenarnya, benda boleh tolak” – Awie Respon Isu Zul Ariffin

Ft Zul Awie 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.