in

“Saya akan terus beri inspirasi kepada wanita…” – Rita Rudaini Terima Anugerah Ibu Ikon

Rita Rudaini Ibu Ikon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Rita Rudaini dianugerahkan sebagai ibu ikon sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar di akaun Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian video itu, anugerah tersebut diberikan kepada ibu yang berjaya mendidik anak-anak sehingga mencapai kejayaan.

Artikel berkaitan: “Apa kaitan dengan anak yang aku jaga?” – Rita Rudaini Mengamuk Orang Kaitkan Anak Dengan ‘Legenda JDT’

Artikel berkaitan: Rita Rudaini Bangga ‘Anak Bujang’ Dapat Pecah Rekod MSSD Larian 100 Meter

Dalam hantaran itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Ikon Malaysia untuk pengiktirafan tersebut selain akan terus memberi inspirasi kepada golongan wanita.

“Terima kasih Ikon Malaysia, untuk Anugerah IBU IKON 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

“Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana. Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat pelakon itu yang sememangnya layak menerima anugerah tersebut.

Screenshot 2024 09 23 145708 Screenshot 2024 09 23 145736

Screenshot 2024 09 23 145410

“Tidak mudah walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama,” tulisnya menerusi satu hantaran berasingan.

Sebelum ini, kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin dalam akademik dan sukan menuai perhatian khalayak dan ramai peminat mengharapkan seorang ibu tunggal yang membesarkan kedua-dua anak sendirian itu diberi anugerah.

Peminat turut memuji cara Rita mendidik anak-anak yang bukan sahaja bijak dalam bidang sukan dan akademik, tetapi turut berjaya dari segi rohani dan jasmani.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.