in

“Satu satunya kawasan ada akses internet” – 400 Pelajar Terpaksa Daki Bukit Setinggi 5km, Cari Internet Untuk PdPR

Fi Pdpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita, pelbagai norma baharu terpaksa kita terapkan dalam kehidupan harian. Bagi seseorang pelajar pula, mereka terpaksa menjalani kelas secara atas talian bagi mengikuti sesi pembelajaran.


Sebenarnya, ternyata banyak halangan yang terpaksa dihadapi lebih-lebih lagi jika seorang pelajar tu tinggal di kawasan yang tiada jaringan internet. Terpaksalah mereka keluar dari rumah untuk mencari line.

 

400 pelajar daki bukit

Terbaru, kira-kira seramai 400 pelajar sekolah dan universiti membabitkan lima kampung di Mukim Mambong di Kuala Krai Kelantan, terpaksa mendaki setinggi 5 kilometer ke puncak bukit Kampung Bahagia untuk mendapatkan line internet.

Pdpr 1

Pelajar-pelajar tersebut difahamkan mengambil masa selama 15 minit untuk ke kawasan tersebut. Mereka akan dihantar oleh keluarga, malah ada yang menunggang motosikal sendiri untuk ke kawasan itu.

Daripada jumlah itu, 200 pelajar dan penuntut universiti itu berasal dari Kampung Bahagia itu sendiri, manakala selebihnya datang dari kampung lain seperti Sungai Rimau, Raba, Johol dan Mambong.

 

Satu-satunya kawasan yang ada capaian internet

Mesti ada tertanya kenapa mesti atas puncak bukit kan?

Kisahnya, difahamkan kawasan puncak bukit itu adalah satu-satunya lokasi yang boleh akses internet dengan laju. Maka sebab itu, puncak bukit tersebut menjadi pilihan.

Menurut Berita Harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah telah membuat tinjauan di kawasan tersebut lalu membina dua buah bangsal berbumbung selepas mendapati ianya menjadi tumpuan para pelajar.

Pdpr 3

Sejak disediakan dua minggu lalu, nyata perkara itu dapat tindak balas positif kerana ia memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar tersebut. Di samping, mereka dapat belajar dengan selesa tanpa perlu memikirkan situasi hujan atau panas.

Selain itu didapati seramai 20 hingga 30 pelajar yang akan hadir ke tempat itu dalam satu-satu sesi. Mereka bukan saja dibenarkan untuk mengikuti PdPR, malah boleh menjadi tempat untuk mereka buat rujukan pembelajaran.

Menurut seorang calon SPM Mimi Aina Syahira Muhammad, 17, dia berkongsi cerita bahawa perlu menunggang motosikal setiap hari ke kawasan tersebut untuk mengikuti kelas online.

“Setiap kali ada PdPR atau untuk menyiapkan kerja sekolah, saya dan rakan-rakan akan naik ke kawasan ini memandangkan liputan internet di sini laju.

“Memang susah nak dapat capaian internet di rumah menyebabkan saya dan rakan terpaksa datang puncak bukit ini.

“Di sini tidak sunyi kerana ramai yang datang setiap masa memandangkan kini semua ada PdPR,” kata pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab SMU (A) Saadatul Qura ini.

Semoga mereka diberikan kejayaan dalam pembelajaran, setimpal dengan dengan kesabaran dan perngorbanan dilalui.

 

Baca : “Patah paha kiri, cedera tulang rahang mulut” – Pelajar Form 5 Parah Kemalangan Ketika Cari Internet Untuk PdPR

Foot Pdpr

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.