in

“Patah paha kiri, cedera tulang rahang mulut” – Pelajar Form 5 Parah Kemalangan Ketika Cari Internet Untuk PdPR

Ft Pdpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar berusia 17 tahun cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya Jumaat lepas ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan capaian internet bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Berdasarkan laporan, kejadian terbabit berlaku pada jam 9.45 pagi di Selama, Perak dan ketika itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein berkenaan sedang menunggang motosikal ke rumah bapa saudaranya sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW.

Pelajar2

Menurut kakak mangsa, Siti Nurzulfa Mohd Idris, 22, disebabkan kejadian itu adiknya mengalami kecederaan parah termasuk patah pada bahagian paha kiri, cedera pada tulang rahang mulut sehinggakan terpaksa menerima jahitan.

Oleh kerana capaian Internet yang lemah di rumah di Kampung Baru Batu 3 menyebabkan adik saya terpaksa berulang-alik setiap hari ke rumah bapa saudara yang terletak hampir tujuh kilometer di Pekan Selama.”

Pelajar1

Perkongsian Siti Nurzulfa sebelum ini menjadi viral di media sosial dan kisah adiknya mendapat perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan nasib menimpa pelajar itu. Katanya lagi, memang kebanyakan rumah di kawasan itu sering menghadapi capaian internet sejak bertahun lamanya.

Keadaan itu menyukarkan murid sekolah kebangsaan dan menengah di situ untuk mengikut PdPR malah dia juga telah beberapa kali menghantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) namun masih tidak mendapat tindakan sewajarnya.

Baca: PdPR Sehingga Pertengahan Julai 2021 – Menteri Pendidikan

1Pdpr

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.