in

“Satu kesilapan besar” – Kerajaan Didesak Mansuh Sistem Ranking Sekolah

Mansuh Sistem Ranking Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sistem ranking sekolah yang dijadikan pengukur prestasi sesebuah sekolah antara sekolah yang lain hari ini perlu dimansuhkan atau dihentikan menurut desakan yang dibuat oleh Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

Menurut presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, sistem berkenaan dikhuatiri boleh merosak dan menghancurkan mutu pembelajaran negara kerana kaedah penilaian sekolah termasuklah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berdasarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


“Penilaian dibuat di sekolah masing-masing, tiada pemeriksa luar. Guru sekolah sendiri yang menanda kertas perperiksaan”

Whatsapp Image 2022 03 02 At 12.02.07 Pm

Menurutnya, desakan yang dibuat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah wajar disebabkan ada beberapa kelemahan kepada sistem ranking berkenaan. Tambahnya, penilaian ini berkemungkinan berat sebelah kerana guru akan mengejar untuk mencapai gred yang tinggi bagi subjek masing-masing.

Dalam masa yang sama, hal ini berkemungkinan juga menyebabkan ada murid yang mendapat markah yang tidak sepatutnya hanya kerana ingin ‘jaga gred’ sekolah.

Perkara yang sama turut dibangkitkan oleh Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali yang turut menggesa KPM supaya menghentikan sistem penilaian sekolah berdasarkan kedudukan ranking seperti sekarang.

1627828

Menurutnya, sistem ini merupakan satu kesilapan yang besar. Sebaliknya, apa yang perlu difokuskan oleh KPM adalah tugas untuk mendidik murid.

Bukan sahaja itu, sistem ranking ini juga dalam masa yang sama boleh memberikan tekanan kepada murid kerana mereka semestinya akan didesak oleh guru bagi mencapai gred yang terbaik.

Namun begitu, beliau turut mencadangkan supaya KPM mewujudkan satu badan khas untuk membuat pemantauan di sekolah sekiranya sistem ranking itu masih ingin dikekalkan selain badan tersebut harus diterima secara keseluruhan negara, tanpa ada was-was.

Baca : “Betul SPM bukan segala-galanya tapi” – Recruiter Jelaskan 5 Kesan Gagal SPM Dalam Dunia Kerja

Ft Recruiter Jelas Spm G Bagi Kesan Kerja

Sumber: Utusan
Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.