in

“Satu hal pula nak kejar kau dgn pakai PPE” – Lelaki Positif Covid-19 Ditangkap Lepas 6 Jam Lari Dari Hospital

Ft Pesakitlari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pesakit Covid-19 dilaporkan telah melarikan diri dari Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam namun telah berjaya ditahan enam jam kemudian.


Menurut Berita Harian, pesakit lelaki berusia 28 tahun itu disedari hilang dari Wad Perubatan Lelaki di Tingkat 6 pada jam 8.15 pagi semalam. Kakitangan hospital yang menyedari kejadian itu kemudian cuba hubungi telefon bimbit lelaki itu namun gagal lalu terus hubungi Balai Polis Sentral, Kuching untuk membuat laporan.

Hus

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata susulan maklumat itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menubuhkan pasukan khas untuk melancarkan Ops Kesan.

Kira-kira jam 2.30 petang, pasukan yang ditugaskan untuk mengesan lelaki berasal dari Kampung Tambirat Hilir, Asajaya itu menjumpainya di kawsan berdekatan tebing sungai di Satok.

Sekeping gambar menunjukkan lelaki itu telah ditahan oleh pasukan terbabit viral di media sosial sejak semalam. Dia yang diikat tangannya dilihat dikelilingi tiga individu yang lengkap memakai PPE dan perbuatannya telah membuatkan netizen naik angin.

Lari1

Ramai yang mengecam tindakannya kerana telah menyusahkan ramai pihak terutamanya pasukan yang ditugaskan untuk mengesannya apabila mereka perlu melakukan pencarian dengan memakai PPE.

Siasatan lanjut dilaporkan sedang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit dan lelaki itu dilaporkan telah pun diserahkan semula.

Lelaki itu sudah diserahkan semula kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).”

Baca: “Tipu mak cakap doc bagi keluar” – Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Sebab Nak ‘Shopping’ Dengan Tunang

Collage 44

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.