in

Satu Bilik Dikongsi 280 Banduan, Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Ngeri Di Penjara Narathiwat

Penjara Narathiwat Ngeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita enam rakyat Malaysia ditahan dalam Penjara Narathiwat selepas didakwa atas dua pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Mengikut undang-undang Thailand, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda 200,000 baht (RM25,880)!


Artikel berkaitan: “2 orang tu perangkap” – Keluarga Dakwa Penyanyi Wanita Kelantan Dikhianati Suspek Yang Masih Lolos?

Artikel berkaitan: “15 saat sahaja masa diambil” – Cecah Ribuan Ringgit, Ini Kos Hukuman Gantung Seorang Banduan Di Malaysia

Pengalaman ngeri di Penjara Narathiwat

Sebut sahaja Penjara Narathiwat, pasti ramai yang merasa gerun kerana pelbagai kisah yang mengerikan mengenai penjara itu.

Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.

Memetik laporan Kosmo!, dia yang dikenali dengan nama gelaran Zul memberitahu kira-kira 280 penghuni ditempatkan di dalam satu unit dengan keluasan dua bilik darjah.

Dia ditangkap bersama sembilan rakannya di sebuah hotel di Golok kerana memiliki dadah jenis syabu, namun tidak dinyatakan jumlahnya.

“Antara yang berbeza dengan penjara di Malaysia, setiap jel dia tak lepas, dia beri keluar bergantung pada sebab. Tapi di sana, pukul 7 pagi semua banduan dilepaskan untuk keluar.

“Kita akan jumpa semua jenis orang sama ada yang tua atau muda. Kes berat iaitu bunuh dan senjata api semua dilepaskan sekali,” katanya.

Namun, menurutnya, keadaan di dalam Penjara Narathiwat lebih terurus meskipun dia terpaksa menginap dengan pelbagai jenis banduan.

Mengulas lanjut, antara pengalaman ngeri yang pernah dilaluinya adalah melihat salah seorang banduan ditikam di bahagian bahu ketika terlibat dalam pergaduhan.

“Dekat dalam ini, senjata pun ada. Sekecil-kecil jarum hingga sebesar kapak semua ada. Sebab itu, banduan yang buat jahat dekat luar mereka akan asingkan,” jelasnya.

Zul berkata, dia akhirnya dibebaskan daripada Penjara Narathiwat selepas memenangi kes tersebut pada September 2015.

“Yang mengaku itu kena hukuman empat tahun enam bulan. Kalau kami kalah, mahkamah akan beri hukuman dua kali ganda iaitu penjara sembilan tahun.

“Sebab itu, tak boleh pilih peguam sembarangan dan kena cari peguam yang betul-betul faham kes kita,” tambahnya.

Jelasnya, dia berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada orang ramai terutama golongan muda.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.