in

Santuni Peminat OKU di Singapura, Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Dipuji Netizen

Syaz Ft 2026 03 12T124954.971

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sekadar bergelar penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan mengapa beliau begitu disayangi ramai apabila tular sebuah video memaparkan sikap rendah diri dan penyayangnya menyantuni seorang peminat istimewa.

Kejadian yang menyentuh hati itu dirakam ketika penyanyi lagu Cindai itu menghadiri sebuah acara di Singapore Expo baru-baru ini bagi mempromosikan jenama kosmetiknya, SimplySiti.


Dalam video yang dimuat naik di Threads, Siti, yang mesra disapa TokTi, dilihat anggun mengenakan persalinan serba hitam. Beliau didekati oleh seorang wanita pertengahan umur yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Artikel berkaitan: “Tokti berjiwa besar!” – Siti Nurhaliza Bertemu Semula Dengan Pemandu Teksi Yang Bawanya Ke Bintang HMI

Artikel berkaitan: “Aunty belanja!” – Netizen Puji Siti Nurhaliza Belanja Peminat Cilik Makan Di Restoran Mahal

 

View on Threads

 

Apa yang membuatkan rata-rata netizen sebak adalah kesungguhan TokTi untuk berkomunikasi dengan peminat tersebut. Tanpa sebarang kekok, TokTi menjawab interaksi peminat itu menggunakan bahasa isyarat mudah, sambil  memberikan senyuman manis yang tidak lekang dari bibir.

Wanita tersebut kelihatan sangat teruja dan gembira dapat bertemu idola kesayangannya secara bersemuka. Kemuncak momen tersebut adalah apabila wanita itu memeluk erat TokTi, dan pelukan itu dibalas dengan penuh keikhlasan oleh penyanyi itu.

Sikap TokTi ini mendapat pujian melambung daripada netizen. Rata-rata menyifatkan beliau sebagai seorang legenda yang bukan sahaja hebat di pentas, tetapi juga mempunyai hati yang sangat murni.

Cats 13

Ini bukan kali pertama Siti Nurhaliza mencuri tumpuan dengan sikap mesranya terhadap peminat, terutamanya golongan istimewa.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.