in

Sanggup ‘Resign’ Sebab Jaga Ibu Sakit, Kisah Pengorbanan Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

Jaga Ibu Sakit Resign

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kali kita dengar seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.


Namun masih ada anak yang rela hati menjaga orang tuanya dengan penuh kasih sayang seperti mana perkongsian lelaki ini.

Dalam perkongsian video TikTok radio Kool101, seorang lelaki bernama Azaly meluahkan dia sedang menjaga ibunya yang sakit selepas bapanya meninggal dunia dan pada masa yang sama hatinya bergelut untuk melepaskan kerjayanya.

Artikel berkaitan: Sebak Pelajar Cemerlang Mahu Berhenti Sekolah Jaga Ibu Sakit, Founder Spa Nak Ambil Jadi Anak Angkat

Katanya, dia telah menghantar surat berhenti kerja namun ditolak oleh majikan. Bagaimanapun, dia terpaksa juga berhenti kerja ketika kesihatan ibunya semakin merosot.

@kool101my

“Mak tak boleh berjalan ataupun bertatih pun. Malangnya mak masih lagi tak boleh terima dia punya keadaan macam tu dengan abah macam tu. Jadi saya hantar lagi surat resign sebab saya taknak company saya bermasalah kerana saya.” 🥺 “Bos bagi lagi 3 bulan sebab saya dah 14 tahun dah kerja kat situ. Saya mesej dekat bos saya bos saya datang dengan dia punya P.A. dia bagi pampasan dekat saya.” – Azaly Bagus nya majikan macam ni kan. Sangat memahami. Respect sangat! ❤️ Apa-apa pun semoga semuanya dipermudahkan untuk Azaly. 🤲🏻 Catch up Pagi On Point + Datuk Aznil di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #Kool101

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Azaly amat bertuah mendapat majikan yang prihatin apabila majikannya sendiri datang ke rumah untuk memberi pampasan.

“Lepas mak saya tak boleh jalan, saya mesej dekat bos saya. Bos saya datang dengan P.A dia datang bagi pampasan.”

Bercerita lanjut, pernah terbit di hatinya berasa cemburu dengan kejayaan dan pencapaian rakan-rakan lain sehingga menyebabkan dia anxiety.

“Kawan-kawan pergi umrah… kita buat perbandingan ‘kenapa aku duduk dekat sini, sedangkan jalan aku jauh lagi’. Dah jadi perbandingan, start situ saya jadi anxiety,” katanya.

“Kenapa Allah tak kahwinkan kau…”

Namun, penyampai radio Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil memuji sikap lelaki ini yang menggalas tanggungjawab itu.

Menurut Azaly, dalam adik beradiknya, hanya dia seorang sahaja yang belum berkahwin dan merasa bertanggungjawab untuk menjaga ibunya.

“Saya fikir begini, kenapa Allah tak kahwinkan kau… Itu adalah jawapan yang paling tepat… sebab Allah nak bagi kau Syurga.

“Saya harap awak ni akan menjadi contoh dan keinsafan bagi orang lain,” ucap Pak Nil dalam nada sebak.

Perkongsian luahan itu bukan sahaja meruntun jiwa penyampai radio, malah turut membuatkan netizen yang mendengarnya sebak.

Screenshot 2024 04 24 161600 Screenshot 2024 04 24 161707 Screenshot 2024 04 24 161655

Seperti kata-kata yang kita selalu dengar, selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.