Disebabkan penularan Covid-19 yang makin serius melanda seluruh dunia, pihak pelancongan telah mengalami banyak kerugian kerana banyak negara telah menutup sempadan mereka. So, tak peliklah bila syarikat-syarikat pelancongan dan penerbangan mula tawarkan harga yang murah gila untuk pertahankan perniagaan dorang.
Macam baru-baru ni, seorang lelaki dari Taiwan telah membuat keputusan untuk pergi melancong walaupun tahu yang penularan wabak coronavirus ni berada di tahap yang membimbangkan.
Menurut China Press, lelaki ni buat keputusan untuk pergi bercuti ke luar negara kerana tiket penerbangan menawarkan harga yang sangat murah walaupun kawan-kawan dia dah warn tentang bahaya untuk travel time-time macam ni.
Seperti yang dijangkakan, bila lelaki ni pulang ke tanah airnya, dia disahkan positif Covid-19.
Bila cerita lelaki ini tular di media sosial, netizen di Taiwan telah mengecam tindakan lelaki ni kerana membawa kes tambahan ke negara mereka lebih-lebih lagi lepas dah diberikan amaran.
Kita dekat Malaysia pun ada juga orang seperti lelaki ni ya? Menurut seorang netizen di Twitter, tiket penerbangan murah ke Seoul yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan SOLD OUT! Ini bermakna, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang sanggup pertaruhkan nyawa untuk ke sana walaupun tahu kes dekat sana dah menjulang naik.
Tambah netizen ini lagi, rakan sebilik kawannya juga adalah antara orang-orang yang degil. Mana taknya, dikatakan roommate kawannya ini baru je balik dari Seoul minggu lepas dan sepulangnya ke tanah air, dia demam dan disuspek mengidap Covid-19. Aduh, benda boleh elak kan?
Lepastu, admin dengar cerita dari kawan admin yang kerja dekat hospital, orang-orang yang degil nak melancong masa Covid-19 ni, bila sakit dan doktor tanya ada ke luar negara atau tak, dorang tak berani nak mengaku. Dah desak barulah nak cakap. Sighhhh
Sepatutnya, sebagai manusia yang dah dikurniakan akal dan fikiran oleh Allah, kita tak sepatutnya terpedaya dengan promosi-promosi ni hingga sanggup nak gadaikan nyawa sendiri dan membahayakan orang lain.
Baca: COVID-19 : [TERKINI] Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Dengan 428 Kes, 9 Di ICU!