Insiden kehilangan barang yang dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier sering berlaku terutama sekali di kawasan kediaman bertingkat.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian video di TikTok memaparkan gelagat seorang wanita ‘panjang tangan’ yang sanggup merangkak dan meniarap semata-mata ingin mencuri parcel penduduk di sebuah apartment.
Dalam rakaman CCTV berdurasi 23 saat itu, kelihatan wanita terbabit bersungguh untuk mendapatkan parcel yang diletakkan dalam ruangan pagar berkunci di hadapan pintu kediaman berkenaan.
Pada awalnya, dia merangkak dan menghulurkan tangannya untuk mencapai parcel itu. Mungkin kerana gagal mencapainya, dia kemudian meniarap dan akhirnya berjaya mengambil parcel berkenaan.
Rakaman video itu dikongsikan pemilik rumah yang memaklumkan kejadian mungkin berlaku sekitar pukul 3 hingga 4 petang ketika para penghuni sedang bekerja.

Tonton video DI SINI
Artikel berkaitan: “Alamat rumah pun dah tak selamat!” – Anak Sosilawati Dedah Taktik Scammer, Terima ‘Parcel’ Berisi G*nja
Artikel berkaitan: Anjing Peliharaan Dipuji, Terima Parcel Bagi Pihak Tuan Ketika Tiada Orang Di Rumah
Tak berbaloi…
Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Hana, tindakan wanita itu dianggap tidak berbaloi kerana bungkusan penghantaran berkenaan bukanlah mengandungi barangan berharga sebaliknya hanya ubat ulser mulut.
“Mula-mula rasa nak marah apabila parcel hilang. Tetapi tengok video ini, rasa macam bersungguh betul pelaku itu. Sudahlah tak berbaloi pula isi bungkusan yang dicuri. Rasanya pelaku bukan penduduk kawasan ini.
“Kejadian berlaku ketika semua penghuni pergi bekerja. Bukan jiran, mungkin luar kawasan. Orang macam ini sudah biasa buat kerja mencuri. Ronda-ronda kawasan kejiranan yang semua penghuninya pergi bekerja.
“Selepas itu rembat parcel. Padahal dalam itu ada ubat ulser mulut jenis gel sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, netizen juga menyarankannya meletakkan bungkusan palsu bagi mengajar pencuri selepas ini selain menasihati wanita itu untuk membuat laporan polis.
Sumber: TikTok
