in

Sanggup Datang Ke Pejabat & Pos Hadiah, Ustaz Dedah Kisah Kena ‘Stalk’ Wanita ‘Delusional’ Selama 2 Tahun

Ft Wanita Stalk 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular di Twitter sebuah ciapan mengenai seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah bebas yang berkongsi sebuah kisah apabila dia diganggu oleh seorang wanita ‘delusional’ hampir setiap hari menerusi media sosial serta di tempat kerjanya sejak dua tahun lalu.

Menerusi ciapan tersebut, Fakhri Fadzli mendedahkan wanita berkenaan sanggup menghantar hadiah yang dipos terus ke pejabat ustaz tersebut dan dia juga sanggup menunggu berjam-jam di pejabat Fakhri.


Pengalaman kena ‘stalk’?

Ciapan yang telah meraih 7.7 juta jumlah bacaan itu bukan sahaja berani mengepos hadiah dan datang ke pejabatnya, malah wanita itu sanggup menampal sebuah ‘poster’ disertakan nombor telefon ayahnya dan meminta Fakhri untuk berjumpa dengan ayahnya.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah, wanita tersebut dikatakan semakin berani apabila dia datang ke pejabat ustaz berkenaan semasa rumah terbuka hari raya dan sanggup menunggu selama 6 jam.

Fok1J9Oaqaadcxt

Difahamkan, Fakhri telah menghubungi ayah kepada wanita tersebut dan mendedahkan segala perbuatan anaknya itu.

Menurut Fakhri, apa yang paling menakutkan adalah apabila wanita itu datang ke pejabatnya pada 4 oktober 2022 untuk berjumpa dengannya namun, dikatakan dia berada dalam keadaan agresif kerana tindakannya menghempas pintu di hadapan orang ramai dan berkeras menunggu Fahkri di kawasan staff.

“Sangatlah psycho ye perempuan ni” – Fakhri

Fok1O7Qayaal1Hq

Fok1N 5Acaepfcq 1

“Sangatlah psycho ya perempuan ni,” tulis Fakhri.

Oleh kerana Fakhri risau akan keselamatan dirinya untuk ke mana-mana, dia telah bertindak membuat laporan polis untuk melindungi dirinya dan orang lain kerana dia rasa seperti dia akan sentiasa distalk di media sosial.

Fok1Sbmaiaaf4Hi

Korang boleh baca tweet lanjut dekat SINI. Malah difahamkan, wanita tersebut telah tampil memberi respon kepada Fakhri.

https://twitter.com/Lisaamani11/status/1622370464315199488

Ada netizen kata jadi lelaki pun dah tak selamat dah sekarang…

Baca : Bekas Miss Universe M’sia Dedah Diganggu Lelaki Berjubah Putih, Dakwa Siap Calit ‘Minyak’ Kat Leher!

Francisca Luhong Diganggu Lelaki Berjubah 561X295 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.