in

“Sangat munasabah harga sekitar RM30 bagi sebotol 5kg” – Menteri Perjelas Kenaikan Harga Minyak Masak

Munasabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenaikan harga minyak masak sekitar RM30 bagi sebotol 5kg baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang di hati pengguna.

Perkara ini juga menyebabkan ramai netizen berasakan ia sangat drastik untuk menaikkan harga setinggi itu kerana ramai di antara kita sedang mengalami masalah ekonomi gara-gara kehilangan sumber pendapatan ketika musim PKP.


Hm150Mnyak 1622971628

Walau bagaimanapun, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali merasakan kenaikan harga item tersebut adalah munasabah memandangkan kenaikan harga minyak sawit bertapis yang tinggi pada masa ini.

Menurut Berita Harian, Khairuddin juga berkata, purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan menyebabkan kenaikan harga minyak sawit bertapis lebih tinggi sekitar RM5,000 satu tan.

837802

Oleh itu, ia menyebabkan harga minyak masak di kilang berada pada kadar RM4.50 hingga RM5 sekilogram.

“Jika lima kilogram sekitar RM25. Belum dikira kos pembungkusan dan lain-lain. Dengan rantaian bekalan menerusi pemborong dan peruncit, sangat munasabah harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram.

“Minyak masak sawit berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun sebagai menteri yang menjaga sawit, saya terpanggil untuk menjelaskan isu kenaikan harga MSM yang memberi kesan kepada harga minyak masak,” jelasnya.

 

“Sudah lama M40 dan T20 menikmati minyak masak pada harga rendah…” 

Tambahnya lagi, wujud penyelewengan minyak masak bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50 bagi pek satu kilogram, sebelum ia dipek semula kepada kilogram dan dijual dengan harga pasaran RM20 sebelum ini dan kini berada pada sekitar RM30.

Sekiranya subsidi diperluaskan kepada minyak masak lima kilogram untuk kegunaan M40 dan T20, penyelewengan boleh berlaku lagi pada skala lebih besar dan memerlukan penguatkuasaan lebih ketat oleh kerajaan.

“Sudah lama rakyat M40 dan T20 menikmati minyak masak pada harga rendah di atas kudrat dan keringat pekebun kecil yang berpendapatan kecil,” katanya.

Minyak Masak Paket Resize

Beliau juga menjelaskan yang untuk 12 juta rakyat berpendapatan rendah, kerajaan telah menyediakan harga subsidi RM2.50 dengan bagi satu pek kilogram meskipun harga modal di kilang melebihi RM5.

 

“Kenaikan harga menguntungkan 3 juta rakyat miskin dari keluarga peneroka…”

Mohd Khairuddin berkata, dalam masa sama, kenaikan harga MSM ‘memulangkan keringat’ tiga juta ahli keluarga pekebun kecil sawit di seluruh negara.

“Kesannya, harga buah tandan segar di ladang naik sekitar RM1,000 satu tan berbanding RM300 sebelum ini, sekali gus meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit daripada kategori B40 berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan baik yang mencukupi untuk sara hidup sekeluarga,” katanya lagi.

41605763716 Tbpalmoilworker

Katanya lagi, dengan harga MSM sekitar RM2,000 satu tan pada 2019, pekebun kecil menjual buah sawit di ladang hanya dengan harga RM300 dan ia tidak cukup untuk menampung kos keringat dan baja.

Namun, dengan harga RM4,000 satu tan, pekebun kecil menikmati harga di ladang RM1,000 satu tan menjadikan purata pendapatan bulanan pekebun kecil dengan empat hektar sawit sekitar RM5,000 ke RM6,000.

“Kenaikan harga inilah yang menguntungkan tiga juta rakyat miskin dari kalangan keluarga peneroka dan pekebun kecil sawit,” katanya.

Baca: “Terkejut tengok harga” – Harga Minyak Masak Naik Melambung, Kini Mencecah RM32 Sebotol!

Minyak Masak Maheii Yob

Sumber: Harian Metro
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.