Belanjawan 2026 telah dibentangkan di Parlimen pada petang Jumaat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara yang mencuri perhatian dalam pembentangan itu ialah pengumuman mengenai pendidikan percuma PTPTN untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Dalam masa yang sama, outfit of the day (OOTD) yang dikenakan oleh PMX ketika membentangkan belanjawan turut menjadi tumpuan warganet.
Penampilan beliau itu turut dikongsi melalui akaun Instagram rasminya semalam.

Artikel Berkaitan: Belanjawan 2026: Ini Intipati Pembentangan Yang Korang Patut Tahu
Artikel Berkaitan: “Maaf YB, itu batik Malaysia buatan Kelantan”- Pengasas Bujins Batik
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan, baju Melayu dan samping beliau masing-masing dari Kuala Lumpur dan Penjara Marang manakala butang baju Melayu pula dari Pahang.
PMX turut memakai capal Jago dari Kepala Batas dan songkok beliau pula dari Johor.
Beg Heart Treasures & Tanoti pula merupakan hasil rekaan seorang anak muda OKU.

Seorang warganet berpendapat bahawa PMX mungkin berkongsikan OOTD beliau untuk mengelakkan salah faham kerana beberapa bulan sebelum ini, PMX pernah dituduh memakai baju batik Indonesia sedangkan batik yang dipakai oleh beliau sebenarnya berasal dari Kelantan.

Sumber: Instagram PMX
