in

“Sampai RM 1,500 sebulan” – Pelik Bil Elektrik Selalu Tinggi, Rupanya Bayar Sekali Untuk Jiran Selama 5 Tahun

Bilapi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah macam-macam buat dekat rumah untuk jimat bil, tapi hujung bulan bil elektrik Eve Lim tetap melambung.


Sampai satu masa, dia call TNB dan segala persoalan akhirnya terjawab.

 

Bil cecah RM 700 ke RM 800

S 1

Kata Lim, sepanjang 5 tahun ini, bil elektrik bulanannya cecah RM 700 hingga ke RM 800 setiap bulan.

Katanya lagi, dia dah buat cara macam-macam untuk menjimatkan elektrik sampai ke tahap tutup semua suis rumah dan sanggup tidur rumah kawan semata-mata tak nak guna banyak elektrik.

Bahkan, Lim sebelum ini ada panggil juruelektrik untuk semak jikalau ada jiran-jiran yang curi sumber belakan elektik dari rumahnya.

“Dia memberitahu saya samada saya perlu mengganti pemanas air saya atau TNB akan membantu saya menukar meter saya. Dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk menggantikan alat ganti, tapi kesudahannya sama sahaja – pada akhir bulan , bil saya akan tetap tinggi.”

Tahap kesabarannya sampai kepuncak apabila ada sekali bil elektrik dia cecah RM1,500 pada bulan Julai lepas.

“Saya jadi bengang dan saya nak ajak semua penduduk di kawasan ini untuk adakan protes dekat TNB bersama saya, tapi ramai yang macam tak ambil kisah. Jadi, saya hubungi juruelektrik lagi untuk pastikan samada peti sejuk rumah dia ada masalah ataupun tidak.”

Namun, juruelektrik itu meminta Lim untuk hubungi TNB lagi dan minta potong belakan elektrik rumahnya untuk semak samada meter terus berjalan atau tidak.

Misteri itu akhirnya terjawab selepas TNB turuti permintaan Lim.

 

Benda pelik berlaku, lepas dia tutup semua power, lampu dan kipas masih boleh hidup!”

 

Dia tanya kepada staff TNB dan staff tersebut hanya gelakkan sahaja, tiba-tiba mereka berdua terdengar ada pembantu rumah jiran ketuk pintu rumah  dan tanya…

“Kenapa tak ada api?”

Rupa-rupanya developer rumahnya tersalah letak meter elektriknya dan TNB telah menghitung dengan bayaran yang salah selama bertahun-tahun

Walaubagaimanapun, Lim menegaskan bahawa jirannya itu tidak bersalah dan mereka langsung tidak mencuri elektrik tersebut.

Isu ini telah pun selesai dan TNB telah menjanjikan refund kepada Lim sehingga RM15,000 sepanjang 5 tahun bayar bil dari rumah yang salah.

Lim meluahkan rasa lega menerusi Facebook miliknya kerana kekusutan yang dihadapinya telah berakhir dan masih rasa tak percaya yang dia selama ini bayar bil elektrik untuk jiran sampai 5 tahun.

“Ada sekali saya sampai terfikir tak pakai hot shower sebab nak jimat duit. Rupa-rupanya saya bayar bil eletrik diaorang. Dari tua ke muda, mereka dah ada 3 generasi dalam keluarga mereka tinggal kat rumah tu”

 

Baca : “Macam bangang je tips ko” – Tak Guna Periuk Nasi Elektrik & Pemanas Air, Tips Jimat Elektrik Lelaki Ini Dikecam!

Tips

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.