in

“Sampai pecah darah” – Ibu Terkilan Anak Autism Didera Oleh Pusat Terapi Berbayar

ft anak autism didera

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan

Sejak kebelakangan ini, banyak betul kes dera kanak-kanak ini terjadi, bermula kes adik Bella, adik Alia dan kini satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki autisme berumur 6 tahun di Johor Bahru.

Si ibu Cik Puan Zetty menceritakan bahawa dia ada hantar anaknya di sebuah pusat terapi tersebut sejak November 2019, namun kejadian yang berlaku kepada anaknya Tuan Muhammad Uwais Abrisam pada 7 Julai 2022 lepas telah membuatkan dia rasa hilang sabar.

 

Ada kesan lebam bentuk 5 jari & cubitan di dada

Si ibu ini melihat bahu kiri anaknya itu ada lebam berbentuk 5 jari, malah ada kesan cubitan di dada. Menurutnya, kesan itu sampai pecah darah. Bila ditanya, jawapan daripada pihak pusat terapi itu amat mendukacitakan.

 “Bila mintak explanation, apa yg terjadi, terapis terlibat jawab Abrisam meronta masa buat aktiviti, “TAK SANGKA LEBAM, TAK PERASAN, BADAN MUDAH TINGGAL BEKAS, MAAF PUAN!” Senang betul bagi jawapan!”

296157846 6050245621672027 9012301928244213741 n

Tambahnya, kecederaan yang anaknya alami itu bukan lah pertama kali, setiap kali kesan itu berada di badan anaknya, pihak pusat terapi tersebut memberikan alasan anaknya tidak memberi kerjasama dan alasan lain yang baginya tidak masuk akal.

Dalam pada itu, Zetty juga turut mempersoal dan mempertikaikan kredibiliti serta integriti imej yang pusat terapi itu tonjolkan ke mata umum. Menurut perkongsiannya, pusat terapi itu merupakan tempat berbayar dan bayaran yang dikenakan bukanlah murah. Ya lah, sebagai ibu mesti nak yang terbik buat anak kan? Lebih-lebih lagi kalau istimewa.

296104919 6050245981671991 6862726187226519512 n

“Dimana kepakaran anda dalam memberi rawatan kepada anak autisme kami??? Anda war-warkan pada umum, anda tenaga kerja terlatih, anda profesional? Bayaran bulanan anak kami bukan murah!”

“Kami tidak hantar anak kami ke pusat terapi anda latih menjadi komando, sampaikan kalau sungguhpun anak ni tak bagi kerjasama, anda perlu untuk cengkam bahu dia, anda tampar muka dia, anda cubit dan herdik dia!.”

 

Doktor kata kecederaan serius, dah jadi kes polis

Zetty telah bawa anaknya ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan dan katanya, berdasarkan hasil pemeriksaan doktor, kecederaan adik Uwais serius dan ianya bukan dari aktiviti sepertimana yang dia dimaklumkan oleh pihak pusat tersebut.

Perkara ini telah jadi kes polis, Zetty telah melaporkannya di IPD Johor Bahru Utara, mereka juga telah berjumpa dengan Pengasas Autism, Manager, HR dari Penawar Special Learning di Hospital Penawar dan merumuskan bahawa kecederaan yang dialami hasil daripada aktiviti pusat terapi itu tidak logik.

296216757 6050245771672012 4434894217383784307 n

“Untuk makluman semua, kami bawak anak ni ke hospital Kulai pada 8/7 , doktor sahkan kecederaan ni serius, bukan kerana aktiviti seperti yg mereka maklumkan. Seterusnya diikuti dengan buat report polis di Balai Polis Kangkar Pulai dan mereka pass kes kami ke IPD Johor Bahru Utara.

“Kami jugak dah berjumpa dengan Pengasas Autism, Manager, HR dari Penawar Special Learning di Hospital Penawar, dan dua terapis yg terlibat dan berada di tempat kejadian, iaitu Maizura Salim & Ifaaf Najihah. Ketua mereka sendiri mengatakan , tak mungkin aktiviti dan peralatan mereka akan hasilkan kecederaan ni.”

Anak jadi trauma

296032424 6050245861672003 1564937712924795611 n 2

“Terang2 kesan jari! Anak ni sampai trauma, anak ni, hampir setiap malamnya bangun dan berjaga sampai lewat pagi. Anak ni, adakalanya nanges sendiri tanpa ketahuan! Korang dah tinggalkan memori hitam dalam kepala dan ingatan dia! Sedangkan kami, berusaha sedaya upaya cari cara tuk berikan perawatan yg terbaik untuk dia!

“Setiap kali ada incident, berapa kali aku remind, PASTIKAN ANAK NI SELAMAT, boleh buat apa pun aktiviti, tapi pastikan takde kecederaan pada dia tapi nampaknya, macam curah air ke daun keladi!”

Bagi macam-macam alasan bila nak tengok CCTV

296110249 6050245991671990 8790707840535052667 n 1

“MAKLUMLAH, anak2 yg ada di sana semua tak boleh bercakap, TANPA PENGAWASAN CCTV PULAK. Seronok lah kan, boleh buat apa saja , dinding kerusi meja pun tak boleh jadi saksi. ( Mintak nak tgk rakaman cctv, ALASAN BELUM PASANG/NAK PINDAH ) Macam lah kalau pindah, cctv tu tak boleh dicabut, logik lah sikit pusat terapi berbayar, takde cctv? Lepastu nak pantau kerja terapis camana? Keselamatan anak-anak ? Method or cara kerja ikut SOP ke tidak? Kiranya percaya bulat-bulat apa terapis cakap?”

Disahkan kena dera

“Untuk makluman semua juga, kami dah ikut procedure. Polis mintak dibawak dan dirujuk ke PAKAR KANAK2 di HOSPITAL SULTAN ISMAIL, kami dah buat. Laporan perubatan dah keluar, anak saya dah disahkan DIDERA (Alleged Physical Abuse by Therapyyy).

296258805 6050245765005346 8499893631341482283 n 1

Sekarang ni, kami masih menunggu dan tertanya2 apa tindakan #PDRM , kerana hingga sekarang terapis masih ke pusat terapi seperti takde apa yg terjadi. Kata berintegriti, anda bantu kami, tapi kalau bukan kerana inisiatif sendiri, bertanyakan ke sana kemari, mungkin report tu mereput sendiri. Kami tak dihubungi sesiapa, untuk bertanyakan keadaan anak kami, mungkin kerana kami hanya org awam, bukan somebody? Kami menanti panggilan #JKM yang mengatakan akan menyiasat, pun SEPI.”

Tambah Zetty, tujuan dia membuat perkongsian ini di Facebook adalah kerana masih tertunggu-tunggu sebarang tindakan  perkembangan daripada PDRM. Dia masih tidak dihubugi, malah panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat juga masih tiada.

Zetty menzahirkan rasa kecewanya mengenangkan nasib anak autismenya itu, biarpun tak boleh beritahu yang dia kesakitan, anak istimewa ini juga ada perasaan.

“So, lepas aku post ni, aku nak tengok, semua pihak masih nak pura-pura tak perasan report kami atau masih tak nak layan, atau dengan kuasa #VIRAL boleh bantu anakku dapatkan keadilan!”

Oleh itu dia berharap agar ada pihak lakukan tindakan selepas melakukan perkongsian ini supaya bantu anaknya mendapat keadilan.

Baca : Pukul Anak Angkat Sebab Tak Nak Makan Nasi, Pasangan Mengaku Bersalah

collage 60

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook