in

“Sampai bilik pun ada poster” – Wanita 70 Tahun Minat Sangat Dengan Park Seo-joon, Ada Replika Waktu Parti Hari Jadi

Feat3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada artis atau selebriti kegemaran sendiri. Tapi lain dari yang lain sikit bagi seorang wanita berusia 70 tahun ini apabila dia mengadakan parti hari jadinya bertemakan selebriti kegemaran.


Melalui perkongsian anak wanita dari Filipina itu, sambutan hari jadinya diadakan ada 15 Oktober lepas dan telah mendapat perhatian dari ramai peminat selebriti berkenaan di seluruh dunia. Menurut anaknya Mel, disebabkan keluarganya tidak dapat berkumpul dengan ibunya, Aurelia disebabkan pandemik, mereka buat keputusan untuk beri kejutan padanya.

Aurelia sangat meminat Park Seo-joon jadi anaknya telah merancang satu majlis hari jadi bertemakan pelakon Korea Selatan itu. Antara drama lakonan Park Seo-joon adalah Itaewon Class dan What’s Wrong With Secretary Kim.

Park4

Park5

Melalui gambar yang dimuat naik di Facebook, anaknya dilihat bukan saja membuat replika Park Seo-joon tetapi juga menempah biskut dan cupcakes yang mempunyai wajah pelakon terbabit. Malah, biliknya juga dihiaskan dengan poster serta bantal yang mempunyai wajah Park Seo-joon.

Park6

Park8

Park7

Park3

Ini apa yang dirancang oleh Mel dan adik beradiknya:

  • Keluarga dan kawan kawan ‘berparti’ bersama melalui Zoom
  • Abangnya, Carlo ada bersama ibu mereka dan pastikan internet coverage tiptop!
  • Abangnya, Paolo bayarkan dekorasi, makanan dan menyunting video untuk ibu mereka

Seperti yang dijangka, ibunya sangat gembira dengan kejutan yang diberikan oleh anak-anaknya meskipun tidak semua ada bersama ketika parti tersebut. Kata ibunya,

Park Seo-joon buat saya rasa muda.”

Baca: “Muzik menyatukan” – Peminat Dari Nigeria Sebak & Terharu Tok Ti Repost Video Reaksi MV ‘Siapa Tak Mahu’

Dd 10

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.