in

“Muzik menyatukan” – Peminat Dari Nigeria Sebak & Terharu Tok Ti Repost Video Reaksi MV ‘Siapa Tak Mahu’

Dd 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada Jumaat lalu akhirnya telah melancarkan muzik video lagu terbarunya yang bertajuk Siapa Tak Mahu.


D1 3 5

 

Dengan pelancaran muzik video tersebut, ramai peminat dari dalam dan luar negara yang teruja dan tidak ketinggalan ada dalam kalangan mereka yang membuat reaksi terhadap MV tersebut.

Namun, rezeki menyebelahi seorang peminat dari Nigeria ini apabila video reaksinya telah di repost oleh Tok Ti di Instagram beliau.

Keterujaan wanita yang dikenali sebagai Clevy Umoh itu terserlah apabila dia berasa sebak dan terharu sehingga menitiskan air mata apabila mendapat tahu berita tersebut dan melihatnya sendiri di posting IG Tok Ti.

D 4

 

Dalam posting yang sama, Tok Ti juga mengatakan beliau seronok melihat orang dari luar negara memberi reaksi kepada lagu beliau walaupun berbeza bahasa dan menganggap bahawa muzik ini mampu menyatukan semua orang.

“Seronok tengok reaksi orang luar bila buat reaction lagu kita. Betullah, muzik itu boleh menyatukan walaupun kita tak faham pun apa maksudnya. Thank you for the positive reviews, Clevy.❤️❤️”

Clevy juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada penontonnya kerana telah mencadangkan MV tersebut untuk dibuat reaksi kerana dia sendiri mengakui masih berjinak dalam penghasilan video reaksi di YouTube.

Sebelum ini, dia telah memuat naik video reaksi MV Siapa Tak Mahu dan meraih 11 ribu tontonan dalam masa 1 hari serta mendapat pelbagai komen membina daripada netizen.

D2 2 7

 

Wah untung la dia. Min pun Tok Ti tak reply lagi DM dekat IG. Apa-apa pun siapa yang belum layan MV Siapa Tak Mahu boleh tengok sekarang!

Baca: “Patut dress kuning saya hilang” – Tok Ti Terhibur Tengok Parodi Bidadari Syurgamu, 7 Hari Mencintaiku 2

D3 2 2

Sumber: Instagram
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.