in

“Sama ada jahil atau tak siuman” – Mufti Komen Isu ‘Makmum Kipas’, Gesa Jangan Hina Islam

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, pelbagai cara yang dibuat oleh netizen semata-mata untuk dapatkan content viral sampai tahap mempermainkan agama!


Macam baru-baru ni, tular trend baru di TikTok menjadikan kipas sebagai makmum ketika solat. Dapat dilihat dalam video-video yang dimuat naik, kipas tersebut akan “dihiaskan” dengan telekung atau songkok untuk menampakkan seperti seorang makmum yang sedang solat bersama.

Ekoran trend ini, ramai yang telah menyuarakan rasa tak puas hati mereka melihat sesetengah orang seperti tidak kisah mempermainkan agama demi untuk mendapatkan views.

Trend ini turut mendapat perhatian Menteri Agama Datuk Idris Ahmad yang turut menggesa orang ramai untuk membuat laporan kepada jabatan agama sekiranya ternampak orang Islam solat dengan ‘makmum kipas’, lapor NST.

Saya nasihatkan dorang untuk belajar ilmu agama dan dapatkan bantuan dari guru agama atau pergi ke ceramah di surau atau masjid.

Jangan hina Islam dan ikut sahaja apa yang ditunjukkan di YouTube atau sumber lain. Perkara ini perlu dilaporkan ke pejabat agama supaya tindakan boleh diambil.”

Ft5Ehu3Uaaebxbs

Manakala memetik laporan dari Sinar Harian, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan tersebut adalah satu penghinaan terhadap agama Islam dan perlu dibicarakan di mahkamah syariah.

Rasanya isu ini tidak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim.”

Wan Salim juga turut meminta pihak berkuasa untuk menyiasat trend yang tular sekarang dan membuat tindakan yang sepatutnya.

Tak salah nak ikut trend, tapi janganlah melampau sangat…

 

Baca: “Makin jahil” – [VIDEO] Netizen Kecam TikTokers Buat Trend Jadikan Kipas Sebagai Makmum Solat

Jadikan Kipas Sebagai Makmum Imam E1653796248152.Jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.