in

“Saling menyayangi dan taat pada agama” – Ahli Keluarga Kongsi Mangsa Tikam & Kakak Sangat Rapat

ft kakak tertikam adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes seorang remaja 18 tahun yang ditahan kerana tertikam adiknya sehingga maut telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Ini kerana, Berita Harian melaporkan bahawa mereka amat rapat, saling menyayangi dan taat pada agama, perkara ini dikongsikan oleh ahli keluarga mereka yang identitinya disulitkan.


 

Sangat rapat, saling menyayangi, hubungan kasih sayang

Tambahnya lagi, dua beradik itu dididik dalam keluarga dengan penuh kasih sayang dan ketakwaan, dengan keluarga mereka amat rapat dan saling menyayangi.

“Kedua-dua beradik itu adalah anak yang baik dan sangat bijak. Mereka sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.”

“Mangsa yang berusia 16 tahun adalah bekas pelajar Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Gelang Patah, manakala kakaknya belajar di Tingkatan Enam sekolah yang sama.”

Screenshot 2022 10 21 123723

“Mereka berdua serta tiga lagi adik adalah anak yang sangat baik dan dididik untuk saling berkasih sayang. Mereka juga dididik untuk tidak meninggalkan solat dan taat pada perintah agama.”

“Apabila menerima berita mengenai insiden malang ini, saya enggan percaya kerana ia sangat tragis dan menyayat hati,”

Screenshot 2022 10 21 123507

Semalam dilaporkan bahawa seorang seorang pelajar Tingkatan 4 di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang semalam, dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perebutan tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah yang menyumbang kepada pertengkaran dan pergaduhan sampai ke rumah.

Kakak mangsa dilaporkan, mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika sedang masuk ke dalam rumah. Remaja itu direman enam hari mulai hari ini hingga 25 Oktober depan.

Screenshot 2022 10 21 123702

Seorang lagi ahli keluarga berkata, ibu bapa mangsa trauma dan amat tertekan dengan insiden malang yang menimpa anak sulung dan anak kedua mereka.

“Mereka amat sedih dan tidak keluar rumah sejak kejadian itu petang semalam, apatah lagi insiden tragis itu tular sejak malam tadi,” katanya.

Tinjauan dilakukan di rumah keluarga mangsa di Kampung Ulu Pulai mendapati, sanak-saudara dan penduduk kampung berada di situ bagi menziarahi keluarga itu.

Bagaimanapun, anggota keluarga rapat enggan ditemu bual dan memohon media memberi ruang untuk keluarga berkenaan bertenang.

Baca : Tertikam Adik Sebab Bergaduh, Kakak Direman Tapi Tiada Keluarga Hadir Ke Mahkamah

kakak tertikam adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.