in

Saling ‘Block’ Satu Sama Lain, Shuk Sahar Tak Tahu Bekas Isteri Bakal Tamatkan Zaman Janda

Rosa Sera Tunang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh sejak hujung minggu lalu, apabila terdapat sebuah video di mana bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Sera dikatakan sudah bertunang dengan seorang jejaka yang kelihatan berbadan ‘sado’.

Menurut laporan Harian Metro, Rossa Sera yang berusia 31 tahun itu difahamkan sudah pun mengesahkan bahawa memang dia sudah bertunang dan bakal mengadakan majlis pada tahun hadapan.


Artikel berkaitan: “Ada ni ha tengah…” – Bekas Isteri Shuk Sahar Bagi ‘Hint’ Tengah Buat Persediaan Kahwin?

Artikel berkaitan: “Kami berpisah dengan baik” –  Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)

“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya.

Difahamkan, jejaka ‘misteri’ itu berasal dari Perak dan berusia 38 tahun, majlis pertunangan mereka itu diadakan di kediaman keluarga bapa saudara Rossa Sera di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” katanya.

Dalam laporan yang sama, difahamkan Shuk Sahar tidak mengetahui perihal pertunangan bekas isterinya itu memandangkan mereka berdua saling block di media sosial.

“Dia tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain,” katanya.

Sebagai info, Sera dan Shuk berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.