in

“Salah tetap salah dan akan dihukum” – Panglima Tentera Darat Sahkan 15 Pegawai Terlibat Budaya ‘Yeye’

yeye

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk  Azhan Md Othman mengesahkan seramai 15 pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) telah dikenal pasti terbabit dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya ‘yeye’.

Beliau berkata, siasatan dalaman telah dijalankan dan pihaknya sedang memberi tumpuan kepada tindakan yang adil serta telus terhadap pegawai terlibat.


Saya ingin tegaskan, yang salah tetap salah dan akan dihukum. Kami tidak melindungi mana-mana individu yang didapati bersalah,” katanya.

Menurut Azhan, pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran perintah dan peraturan perkhidmatan, malah tidak akan berkompromi walaupun melibatkan pegawai berpangkat.

“Saya telah mengarahkan Cawangan Siasatan Jenayah Tentera Darat dan agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap semua aduan yang diterima, termasuk dakwaan aktiviti tidak bermoral ini,” ujarnya.

3404766
Jeneral Datuk  Azhan Md Othman

Artikel berkaitan: Wanita Bengang Dakwa Syarikat Penyedia Perkhidmatan Air Buat Kerja Cincai, Sampai Tanah Runtuh Depan Rumah

Artikel berkaitan: Isteri Anggota Tentera Sarat Hamil 8 Bulan, Suami Sibuk Jalin Hubungan Cinta Dengan Guru

Beliau menegaskan, isu integriti dan disiplin merupakan teras kekuatan TDM, sambil mengingatkan bahawa salah laku walaupun melibatkan segelintir individu boleh memberi kesan besar terhadap imej, kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada institusi ketenteraan.

Budaya ‘yeye’ mula menjadi perhatian umum selepas tularnya beberapa pendedahan di media sosial mendakwa wujud aktiviti hiburan tidak bermoral melibatkan anggota tentera di dalam kawasan kem.

Selain itu, budaya ‘yeye’ yang merujuk kepada penganjuran parti atau aktiviti sosial tertutup yang dikatakan melibatkan unsur hiburan melampau serta pergaulan tidak wajar, sekali gus bercanggah dengan etika dan peraturan ketenteraan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.