in

“Salah sendiri, sapa suruh tinggal anak?” – Wanita Hampir Maut Dilanggar Kereta Sendiri Lepas Anak Tertolak Gear Reverse

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tinggalkan anak dalam kereta sorang-sorang lebih-lebih lagi dengan enjin terpasang bukanlah satu keputusan yang bijak dan juga bahaya.


Namun segelintir ibu bapa masih gemar tinggalkan anak-anak dalam kereta sambil dorang uruskan perkara yang dorang perlu selesaikan. Macam wanita yang hampir maut selepas dia dilanggar kereta sendiri di salah sebuah stesyen minyak di Puchong Utama.

Menurut Sinar Harian, wanita ini tinggalkan tiga anaknya, dua remaja satu kanak-kanak dalam kereta sementara dia keluar untuk membayar petrol. Ketika inilah anaknya yang paling kecil berusia dua tahun secara tak sengaja tertolak gear reverse.

70063284 2834215109923573 6580602119013793792 N

Ibu ni yang perasan keretanya bergerak dalam keadaan mengundur dan hampir terlanggar dinding cuba untuk menahan kereta tersebut menggunakan tenaga.

Malangnya, ibu ini tak mampu nak hentikan kereta tersebut dari mengundur dan terperosok bawah kereta tersebut sebelum anaknya yang paling sulung menukar kembali gear ke dalam mode parkir.

Seorang pengguna Facebook telah memuatnaik gambar wanita malang ini yang sedang dirawat oleh pasukan EMT memberi amaran kepada orang ramai untuk tak mengulangi kesilapan wanita ini.

Kalau berlaku kematian, korang boleh didakwa bersalah melakukan pembunuhan.”

“Tolong jangan tinggalkan anak-anak di dalam kereta dengan enjin bergerak. Ramai yang sibuk main dengan telefon sampai boleh berlaku tragedi yang tak diingini.”

Patutnya benda ni boleh dielakkan. Lagi-lagi dekat stesyen minyak kan dah suruh tutup enjin? Silap-silap benda lagi teruk yang jadi. So lepasni please hati-hati kay?

 

Baca: “Patut lempang je” – Kereta Kena Langgar, Rupanya Dalam Budak 10 Tahun Tengah Ajar Kawan 9 Tahun Bawa Kereta

Screenshot 2019 09 17 At 1.11.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.