in

“Salah aim, masuk tasik jawabnya” – ‘Job’ Ini Perlukan Pekerja Lompat Dari Bot Bergerak Untuk Hantar Surat

Mail Jumpers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majoriti orang selalunya akan mengelak daripada melompat keluar atau masuk dari bot yang bergerak. Risau salah aim, tak pasal-pasal mandi free.


Tapi, di sebuah tempat di Amerika Syarikat ni pula lain macam sebab remaja di situ memang lompat keluar dan masuk dari sebuah bot bergerak sebagai salah satu pekerjaan mereka. Kerja apa tu kena lompat keluar masuk bot bergerak?

Maxresdefault E1633145221180

Mail jumping adalah satu pekerjaan musim panas yang memerlukan pekerjanya yang rata-rata terdiri daripada pelajar sekolah tinggi dan pelajar universiti untuk lompat dari bot bergerak ke sebuah jeti persendirian, hantar surat dan perlu naik balik bot tadi sebelum ia bergerak meninggalkan jeti. Extreme bukan?

575C72F2Cfeea.image E1633145286290

Memetik Oddity Central, penduduk di Lake Geneva, Woworth County, Wisconsin sudah lama menerima surat-surat mereka melalui penghantaran bot semenjak sebelum jalan raya dibina di kawasan terbabit. Disebabkan amalan unik itu, kawasan ini menjadi tarikan pelancong sehinggakan pada musim panas, bot surat akan mengambil sehingga 160 pelancong dan membawa mereka melalui kawasan penghantaran surat. Siap boleh tengok lagi mail jumpers (pekerja mail jumping) beraksi!

Bot bergerak pada 5mph bila dekat dengan jeti penerima surat tapi tak berhenti

Image E1633145326505

Setiap musim panas, difahamkan cuma enam hingga empat jawatan kosong saja yang dibuka untuk menjadi mail jumpers. Tapi yang nak join kerja ni memang ramai!

Calon yang berminat akan melalui satu ‘interview’ dimana mereka perlu buktikan yang mereka boleh lompat dari bot yang akan bergerak pada kelajuan 5mph ke jeti penerima surat, hantar surat dalam mailbox dan lompat balik masuk bot sebelum ia pergi meninggalkan jeti.

Selain bertugas menghantar surat, mail jumpers juga akan berperanan sebagai tour guide semasa Mailboat Tour. Calon akan diminta untuk menceritakan sedikit sejarah tour terbabit sebelum diberikan markah oleh juri.

60C122F6Afb34.Image E1633145411503

Menurut Captain Neil Frame, calon akan dipilih berdasarkan 50 peratus skil atletik, 50 peratus cara penyampaian maklumat tour dan 50 peratus semangat dan minat.

“Kami cari seseorang yang boleh memberi 150 peratus. Kerja ini penting kerana kami perlu pastikan penduduk terima surat mereka dan pelancong dapat hiburan dan pelajaran sejarah,” katanya.

Mungkin ada di antara korang yang berpendapat, job ini takdelah susah mana. Tapi, ada sesetengah peti surat penduduk yang agak jauh daripada jeti. Ramai calon yang gagal sebab mereka tak dapat naik balik bot lepas dah hantar surat dalam mailbox.

Sumber: Oddity Central, Gage Marine, TMJ4

Baca: “Lucu banget kucingnyaaa!” – Kucing Rupanya Boleh Ganti Tuan, Ambil Parcel Daripada Abang Posmen!

Kok Kucing E1633141933453

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.