in

“Saksi ada masalah mental” – Boy In The Box, Budak Mati Dibunuh, Punca, Suspek & Identiti Yang Masih Belum Terungkap

Boyinthebox

“The Boy in the Box” satu gelaran yang diberikan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sekitar 4 hingga 6 tahun yang mati akibat dibunuh. Mayatnya dibungkus kedalam kotak, punca dan identiti masih belum terungkap.

 

Bagaimana mayat lelaki ditemui

Boy4

Kejadian ini berlaku pada pada Februari 1957 apabila seorang pemburu menemui satu kotak kecil di dalam hutan. Bila dia cuba buka kotak tersebut, dia menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan bogel dan di sarung dengan selimut.

Lelaki tersebut tak membuat laporan polis sebab bimbang dirinya didakwa sebab pada masa itu dia sedang membuat pemburuan secara haram. Dia pun pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Selang beberapa hari, seorang penuntut universiti Frederick Benosis  melalui tempat yang sama juga menemuinya.

Mula-mula Frederick enggan membuat laporan polis kerana sumber Hystoric Mysteries, menyatakan pada waktu itu dia sedang menintip seorang gadis menuntut di sekolah berdekatan dan takut beri keterangan.

Namun setelah di dorong oleh paderi setelah memberitahu perkara tersebut, dia pun buat laporan.

 

Punca mangsa dibunuh

Cover 2 E1462037465933

Ketika autopsi diadakan bagi mengenalpasti identiti mangsa, Dr. Joseph Spelman menganggarkan umur mangsa berusia di antara 4 sehingga 6 tahun.

Di tubuh mangsa terdapat beberapa kesan luka. Luka berbentuk “L” di bawah dagu mangsa menarik perhatian pihak polis.

Dr. Joseph menjelaskan bahawa mangsa telah dipukul di kepala dengan sebuah objek lalu menyebabkan kematiannya. Mangsa juga didakwa telah ditenggelamkan di dalam air beberapa ketika selepas dia meninggal.

 

Identiti mayat mangsa

Boy In The Box

Siasatan oleh pihak polis dibuka pada 26 Februari 1957. Cap jari mangsa diambil dan polis yakin bahawa identiti mangsa akan diketahui.

The Boy in the Box digambarkan sebagai mempunyai mata biru, kulit yang saksama dan berambut rambut coklat yang telah dipotong. Kuku-kukunya telah dipotong dengan kemas.

Dia mempunyai lebam yang banyak diseluruh tubuh badan dan wajahnya dan Pihak pakar membuat spekulasi bahawa disebabkan cuaca sejuk, kanak-kanak itu mungkin berbaring di dalam kotak antara 2-3 hari hingga 2 hingga 3 minggu.

Pada mulanya, polis yakin bahawa seseorang akan melaporkan kanak-kanak yang hilang atau gambarnya diedarkan di seluruh kawasan itu akan menyebabkan identiti anak dan pembunuh itu terungkap.

Malangnya, tiada seorang pun yang tampil untuk memberitahu pihak polis maklumat yang berguna.

Menerusi Twitter Ayed Gatie, polis terpaksa mengeluarkan gambar wajah mangsa kepada orang awam untuk mengetahui identiti mangsa.

Kes ini mendapat juga telah perhatian dari pihak media. Sebanyak 400,000 risalah diedarkan di sekitar kawasan Philadelphia.

Risalah tersebut mengandungi wajah mangsa. Usaha ini juga tidak berjaya dan identiti mangsa masih kekal misteri.

Malah cap jari dan tapak kaki kanak-kanak itu tak dapat dikesan apabila dibandingkan dengan pangkalan data negara dan rekod hospital tempatan.

 

Gagal mencari pembunuh

Pihak penyiasat kembali ke tempat kejadian beberapa kali untuk mencari bahan bukti. Namun mereka hanya berjaya menemui beberapa barangan yang dipercayai milik mangsa.

Polis kemudiannya beralih fokus kepada selimut yang digunakan untuk membaluti tubuh mangsa. Mereka berharap bahawa bahan bukti ini dapat digunakan untuk mencari si pembunuh.

Mereka menghantar selimut itu kepada pihak forensik untuk dianalisis. Harapan mereka terkubur kerana hasil analisis tersebut tidak seperti yang mereka mahukan.

 

Bukti kes

  • Rambut lelaki itu dipotong kasar dan terletak di seluruh tubuhnya, menunjukkan ia dipotong semasa dia mati,
  • Tangan dan kakinya berkedut menunjukkan mangsa ditenggelam dalam air untuk masa yang lama sebelum atau selepas dia meninggal dunia.
  • Kanak-kanak mungkin mengalami penyakit mata kronik. 
  • Dia tidak makan 2-3 jam sebelum kematian.
  • Selimut kain flanel murah yang dibalutnya telah dibungkus sama ada di North Carolina atau Quebec, Kanada.
  • Ia juga seperti dihantar ke pelbagai lokasi.
  • Ada kemungkinan dia muntah lama sebelum kematian.
  • Dia sangat kekurangan nutrisi sebab ada banyak pukulan di kepala.

Pihak media dan para penyiasat berganding bahu untuk menyelesaikan kes ini. Kes ini mendapat liputan yang besar tetapi tak emndatangkan hasil, pihak penyiasat tidak dapat meneruskan siasatan. Akhirnya, kes ini terpaksa ditutup.

Mangsa disemadikan di Potters Field (kawasan perkuburan orang yang tiada identiti) di Dunks Ferry and Mechanicsville Roads.

 

Kes dibuka semula

Pada tahun 1988, mayat mangsa telah digali semula oleh para penyiasat untuk mendapatkan DNA. Malangnya, profil DNA itu tidak dapat digunakan kerana terlalu lemah.

Sebuah cubaan untuk mendapatkan DNA dilakukan lagi pada tahun 2000 dan hasilnya tetap sama. Pada tahun berikutnya, penyiasat akhirnya berjaya mendapatkan DNA yang lebih kuat daripada gigi mangsa.

Mereka berharap DNA ini dapat digunakan untuk mendapatkan identiti mangsa pada masa hadapan. Mangsa telah dikuburkan semula di tanah perkuburan Ivy Hills, Cedarbrook, Philadelphia.

 

Suspek & Teori kes

Eceyecbuiaacuyq

Suspek pertama di dalam kes ini adalah Frederick Benosis. Frederick dijadikan suspek kerana dia telah menemui mayat tersebut. Dia kemudian dilepaskan setelah berjaya lulus dalam ujian pengesan pembohongan.

Disebabkan kekurangan petunjuk pihak penyiasat tidak berjaya mencari mana mana suspek yang lain. Banyak teori telah dikeluarkan oleh pelbagai untuk menyelesaikan kes ini.

 

Teori 1 : Kisah wanita “M”

Pada tahun 2002, penyiasat dihubungi oleh seorang psikiatris dari Ohio. Psikiatris itu mengatakan bahawa salah seorang daripada kliennya mempunyai kaitan dengan pembunuhan “The Boy in the Box”.

Klien tersebut dikenali sebagai “M”. Menurut “M” ibu dan bapa mangsa telah menjual mangsa kepada keluarga “M”. “M” mengatakan ibunya telah mendera si mangsa selama dua tahun.

Penderaan itu diakhiri dengan kematian mangsa. Pada satu malam, mangsa muntah di kamar mandi dan ini menyebabkan ibu “M” marah lalu bertindak memukul mangsa sehingga mati.

Teori ini diterima oleh pihak penyiasat kerana maklumat yang diterima selari dengan hasil autopsi yang menyatakan mangsa dipercayai muntah dua atau tiga jam sebelum kematian.

Maklumat ini tidak didedahkan kepada orang awam dan mustahil untuk “M” tahu tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, teori “M” juga ditolak kerana wanita tersebut mempunyai masalah mental.

 

Teori 2 : Rumah anak yatim

Home

Sebuah rumah anak yatim yang terletak kira-kira 1.5 batu dari tempat kejadian adalah lokasi polis pertama yang ingin diperiksa.

Terdapat 8 anak angkat yang tinggal di sana pada masa itu. Semua kanak-kanak yang berada di rumah anak yatim diperiksa.

Spekulasi masih wujud bahawa Arthur Nicoletti, pemilik rumah anak yatim ini, terlibat. Dia enggan mengambil ujian pengesan kebohongan dan psikik yang disewa untuk membantu siasatan ini membawa penyiasat terus ke rumah tersebut (tanpa pernah melawat kawasan itu dahulu).

 

Teori 3 : Anak juruterbang hilang

Ece1Jrxvuaezxic

Pada 31 Oktober 1955, Steven Craig Damman, anak kepada seorang juruterbang telah diculik. Pada masa itu, Steven hanya berusia 34 bulan.

Steven Damman menepati ciri-ciri “The Boy in the Box”, bermata biru dan berambut perang. Para penyiasat berpendapat bahawa besar kemungkinan Steven Damman ialah “the Boy in the Box”.

Polis menyerahkan cap jari mangsa untuk dianalisis. Mereka juga menyerahkan rekod kesihatan serta X-ray mangsa untuk dibandingkan dengan Steven Damman. Hasilnya, tiada persamaan dijumpai.

Penyiasat mengesahkan bahawa Steven Damman bukanlah “the Boy in the Box”. Kehilangan Steve Damman juga tidak dapat diselesaikan dan pada tahun 2003, polis membuka kembali kes tersebut.

Polis sekali lagi memberi kemungkinan bahawa Steven Damman ialah “the Boy in the Box” dan mereka mengatakan tiada bukti kukuh pada penyiasatan awal untuk menolak kemungkinan ini.

Teknologi forensik yang semakin maju pada tahun 2003 akan memberikan bukti yang lebih kukuh. Pihak polis berjaya menjumpai kakak Steven Damman dan mendapatkan DNAnya.

DNA ini kemudiannya dibandingkan dengan “The Boy in the Box”. Ujian DNA ini berjaya membuktikan bahawa Steven Damman bukanlah “America’s Unknown Child”. Kes penculikkan Steven Damman juga masih belum selesai sehingga hari ini.

 

Baca : Matthew Graham : Admin Laman Darkweb Yang Mengajar Orang Culik, Rogol & Bunuh Kanak-kanak

Darkweb 1