in

“Saja nak bagi diaorang nampak” – Gadis Muslim Ini Selamba Badak ‘Menganjing’ Masa Islamophobia Tengah Protes

Islampeace4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Racism memang ada di mana-mana, kalau kita ini tergolong dalam golongan minoriti di sesuatu tempat, pasti kita akan menjadi ancaman mereka.


Misalnya, golongan muslim di negara barat yang berpopulasi minoriti. Pasti akan menjadi ancaman golongan-golongan taksub dari majoriti seperti Islamophobia (anti-islam) ini. Dicaci, dihina dan diperlekehkan di khalayak umum.

Pasti akan terasa down bukan? Tapi bukan pada gadis muslim 24 tahun, Shaymaa Ismaa’eel ini. Haters ni lagi kita tunjuk kita down, lagi diaorang ‘peghak’ nak buat, dan tambah sakit hati je kan? Jadi ini cara nak kasi ajar, confirm panas.

 

Terus menyebarkan kasih sayang dalam menghadapi ketaksuban

Islampeace

Ahad lepas, Shaymaa menghadiri satu persidangan islam di Washington DC, ketika hari persidangan itu muncul lah kelompok-kelompok yang berpemikiran cetek ini buat protes. Bawa sepanduk dengan kata-kata yang menghina agama islam.

Ketika Shaymaa dan kawan-kawanya lalu dihadapan mereka, si penunjuk perasaan ini tak semena-mena maki hamun dia, kutuk bahawa golongan islam ni akan ke neraka.

Tenang dan tidak melatah dengan hinaan tersebut, Shaymaa dengan selambanya bergambar sambil senyum dan posing peace depan mereka dan muat naik di Instagram.

Menerusi the Guardian, dia menjelaskan ini adalah cara yang elok untuk berdepan dengan orang-orang macam ni

“Saya sengaja nak bagi mereka melihat senyuman di wajah saya, dan melihat betapa gembiranya saya menjadi diri saya sebagai seorang wanita Islam,”

“Saya nak menunjukkan kepada mereka bahawa kita akan tetap bersikap baik dan tidak bersalah, dan terus menyebarkan kasih sayang dalam menghadapi ketaksuban.”

Tambahnya lagi di negara jiran, dia dan ramai kawannya yang memakai hijab diganggu sampai kadang-kadang merasa tidak selamat.

Katanya, ternampak penunjuk perasaan yang sama sebelum ini dan mengambil gambar di hadapan mereka.

 

Raih 77,000 retweets dalam masa 2 hari & hampir 250,000 likes di Instagram

Hahahaha! Walaupun nampak lawak, ada makna tersirat rupanya dia berbuat tindakan sedemikian rupa. Salute dengan keberanian dia ni.

 

Baca : Ada anjing liar di dalam premis kami” – Orang Islam Tak Kisah Basuh Baju Di Dobi Ini Sebab….

Dobianjing

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.