in

“Ada anjing liar di dalam premis kami” – Orang Islam Tak Kisah Basuh Baju Di Dobi Ini Sebab….

Dobi5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini bangkit satu isu di kedai dobi dimana ada pelanggan bukan muslim yang jaga sensitiviti, datang bawa anjing peliharaan dan biarkan duduk diatas meja.


Kali ini, owner dobi di Puchong ini siap ada simpan anjing liar lagi di premisnya. Tapi, netizen yang beragama islam tak kisah masuk dan bangga dengan pemilik dobi tersebut. Kenapa pula ni?

 

Nak menyelamatkan anjing liar yang tak bersalah daripada dibunuh

Allahuakbar, mulia sungguh hati tuan kedai ni, menurut gambar yang dikongsikan melalui Facebook Asfa Azura Aris, tuan empunya kedai Liyaw Ah Seng cuba nak menyelamatkan nasib anjing liar yang sekarang ini diburu untuk dibunuh.

Jadi, dia membuat keputusan untuk simpan anjing tersebut di dalam dobinya. bagi mengelakkan sebarang isu, dia dah memaparkan notis di dalam kedainya kepada pelanggan.

Dia menerangkan bahawa dia tak kisah jika ada segelintir pelanggan yang kurang selesa dengan tindakannya itu, dia bersikap terbuka untuk membiarkan pelanggan lain ke premis lain. Hurmm, ada segelintir peniaga sanggup mati-matian semata-mata nak tarik pelanggan kan?

56951181 2142018359199735 2545918667309187072 N 57045338 2142018335866404 5400149513262333952 N

Tak sangka, niat murni tuan kedai ini mendapat sokongan daripada netizen.

“To all animal lover in Puchong or nearby kalau nak cuci baju bole p Laundry Liyaw Ah Seng ” REA’S LAUNDRY” at Taman Wawasan, Puchong. Jom support bisnes bro ni 

Notice is up..hopefully people will understand that i care about my street friends life and safety than their dirty laundry”

Bahkan ada daripadanya terdiri di kalangan umat islam lagi, mereka menyatakan bahawa sanggup pergi ke dobi tersebut sebagai tanda sokongannya.

 

Nanti saya nak datang sini, sanggup datang dari Seremban semata-mata nak basuh baju – Netizen

Dobi Dobi2 Dobi3 Dobi4

Nak beramal macam-macam cara kita boleh lakukan, cuma nak atau tak je. Kalau difikirkan orang lain punya judgemental memang tak ke menalah kita.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.