Umum tahu kebiasaannya berita di sampaikan secara formal tidak kira di surat khabar, internet, ataupun TV.
Seiring dengan peredaran zaman, sekarang kita dapat lihat banyak sumber berita melakukan kelainan dalam penyampaian.
Tular di media sosial baru-baru ini, skill ‘editing‘ ala-ala TikTok telah dipertontonkan dalam siaran Berita TV3.
Menerusi akaun Twitter @hanifjamals, dia telah memuat naik video tersebut sehingga mendapat 248K jumlah tontonan! Wow…
Jika anda ingin tahu, aksi itu dipanggil ‘wipe it down‘ dan ianya memang tengah hangat dilakukan oleh golongan remaja. Selalunya dari pakaian biasa wipe-wipe terus cantik gitu…
Ada yang beranggapan, ini cara mereka untuk menarik minat remaja hari ini dalam mengetahui tentang isu semasa.
Meskipun tak smooth, tetapi TV3 sudah membuat kelainan dalam penyampaian dan telah tarik ramai perhatian netizen dalam menonton berita.
Buat hal la
Tak nak kalah
Sementara itu, ada lagi editing mereka yang membuatkan netizen pecah perut bila melihatnya. Korang tengoklah memang kelakar…