fbpx
in

Sabah Dalam Peta Filipina? Wisma Putra Tidak Teragak-agak Ambil Tindakan Tegas Demi Kedaulatan Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tarikh 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar oleh sekumpulan pengganas dari Sulu dan  menyebakan keguguran lapan wira tanah air di Lahat Datu, Sabah.


Krisis perebutan Sabah sehingga kini belum reda apabila kerajaan Filipina sendiri meluluskan rang undang-undang (RUU) baharu dengan sendirinya memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu sebagai sebahagian peta pasport negara itu

Menurut Awani, Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas susulan keputusan Filipina itu. Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan pihaknya juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan sebagai reaksi balas selain tindakan-tindakan yang telah diambil sebelum ini.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar sentiasa memandang serius apa-apa isu berkaitan hak kedaulatan negara, termasuk Sabah, dan kekal konsisten dengan pendirian tegas untuk tidak melayani sebarang tuntutan seperti ini.”

Beliau turut lantang bersuara mengharapkan agar pemimpin di peringkat negeri atau peringkat Persekutuan tidak mengeruhkan situasi demi kepentingan politik peribadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab usul yang dikemukakan Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) berkenaan kelulusan Jawatankuasa Dewan Luar Negara Filipina terhadap RUU tersebut.

Ujarnya, setiap kali kenyataan berhubung isu tuntutan ke atas Sabah timbul, Kementerian Luar mengambil tindakan segera bagi menolak kenyataan-kenyataan tersebut.

Ia termasuk mengemukakan nota bantahan, mengeluarkan kenyataan media atau memanggil Duta Besar Filipina ke Kementerian Luar.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top