in

“Rushing dia tak boleh bawak bincang” – Terhibur Netizen Tengok Gambar Resipi Nasi Goreng Daripada Lelaki Ni

Resipi Nasi Goreng E1656218584321

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah dekat media sosial ni orang gunakan untuk share macam-macam benda. Ada yang share benda baik dan ada juga yang share benda tak sepatutnya. Paling banyak admin rasa orang share resipi masak kan? Siap ada banyak group masak memasak ni.


Terbaru, ada seorang lelaki kongsikan resipi nasi goreng telur dia dekat salah satu group memasak terkenal di Facebook. Macam biasa selalunya kalau nak share resipi, mesti akan upload gambar bahan-bahan dan masakan yang dah siap betul tak?

Whatsapp Image 2019 07 03 At 11.46.02
sumber: facebook

Posting daripada lelaki bernama Faidzal Izwan ni ternyata telah membuat ramai netizen terbahak-bahak dek kerana kualiti gambar yang dia share tu.

Difahamkan, katanya Faidzal dalam keadaan rushing waktu nak masak tu disebabkan banyak kerja nak diselesaikan. Tapi ramai pula yang tanya pasal resipi tu jadi dia pun excited lah nak share juga.

Kalau korang tengok, memang betul nampak dia rushing tu sebab daripada 4 gambar dia upload, 3 gambar blur! Korang tengok sendiri:

Gambar 1:

Ni bahan-bahannya…
Bawang kecik 3 biji
Bawang putih 3 biji
Cabai kampung 3 biji
Telur 1″

Resipi1
sumber: facebook

 

Gambar 2: 

Tumbuk semua bahan kecuali telur jgn ditumbuk sekali nnt lain jadinya.”

Resipi2
sumber: facebook

 

Gambar 3:

Pastu masuk semua bahan sekali nasik dlm kuali godak2 buh garam sket (part ni paling korang nanti2 kan).”

Resipi3
sumber: facebook

Hanya gambar keempat je yang betul betul clear dan nampak dengan jelas. Gambar tu tunjuk hasil nasi goreng tu lepas dah siap dimasak. Nasib baik ada juga gambar yang clear!

 

Gambar 4:

Ok done… Dah siap… Happy ending ?”

Resipi4
sumber: facebook

Baru 4 jam dikongsi, resipi daripada Faidzal tu dah dapat lebih 11,000 likes dan 539 shares di Facebook. Ramai netizen yang terhibur dan komen lawak dekat posting tu.

Komen Terhibur
sumber: facebook

Aduhai, admin ni dah lah mudah terhibur hahahahaha!

Baca: “Memang urgent sangat nak jual ni…” – Lelaki Nak Jual Motor Tapi Netizen Mengekek Gelak Sebab…

Jualmoto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.