in

“Rupanya cikgu yg disangka favourite tu saka” – [VIDEO] Ibu Dedah Anak Didera Cikgu Tadika

Ft Anak Istimewa Kena Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 31 Januari lepas, seorang ibu bernama Akma Nur Akmanina mendapat panggilan daripada pihak tadika yang menjaga anaknya untuk memaklumkan bahawa anak istimewanya, Noura cranky dan merosakkan dinding tadika. Oleh itu, pihak tadika tidak mampu menjaganya lagi.

Sebagai ibu, Akma pasrah dan berterima kasih kepada pihak tadika yang telah menjaganya, namun rupanyanya ada ‘udang di sebalik batu’ dan ianya amatlah meruntun hatinya sebagai seorang ibu.


Artikel berkaitan : Mengadu Takut Pergi Taska, Ibu Luluh Bila Dapat Tahu Anak Didera Pengasuh

Artikel berkaitan : Tular Video Kanak-kanak Didera Di Taska, Ibu Meraung Tengok CCTV Anak Dipukul

Dia mendapat tahu yang Noura sebenarnya telah dikeluarkan dari tadika itu kerana dia menjadi salah seorang mangsa dera di situ.

“Mesti tak sangka mak Noura boleh tau jugak akhirnya kan!!!! Ku sangka sebab cikgu favourite dah kena tukar jadi punca Noura cranky, rupanya cikgu yang disangka favourite tu saka yaaaa.”

Menurut Akma, pelaku dilihat sengaja menggunakan kesempatan ‘keistimewaan’ Noura untuk menderanya.

“Mentang-mentang la anak kita ni tak boleh bercakap, dibantainya sesuka hati. Sejak bila pun tak tahu.

“Pihak taska nampaknya jadikan cctv sebagai marketing value je nak tarik parent. Tak pernah dipantau agaknya sehingga boleh ada cikgu gila dalam taska selama berbulan bulan.”

Jelasnya, ada lagi anak-anak lain yang turut menjadi mangsa dera selain Noura. Dalam video yang dikepilkan bersama perkongsiannya di Facebook ini, Akma mendakwa anaknya dikurung dalam bilik air sementara bayi lain dibiarkan dan ada yang ditunjal kepalanya.

“Noura hanya salah sorang mangsa. Yg kecil-kecil pun ada ya Allah tergamaknya. Dicepuk-cepuknya kepala anak kita. Dibiar dalam bilik air menangis.”

“Dikurung tak bagi keluar. Tak sanggup ibu abi nak mintak tengok cctv. Yg tertangkap ni pun meruntun hati. Bayangkanlah kalau hari-hari dicepuk kepala dan badannya. Pandai… pukul macam tu memanglah takkan tinggalkan tanda.”

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak ‘istimewa’, sudah semestinya hati Akma luluh apabila Noura yang aktif berubah perwatakan kerana takut dengan cikgunya tanpa dia sedar.

Malah, Akma baru sedar apabila anaknya itu hanya diam apabila mahu dihantar ke taska dan tak mengamuk. Itu sebenarnya adalah petanda anaknya dalam ketakutan.

“Sedihhhh tengok anak seaktif Noura ketakutan dengan teacher gila tu. Lepas dia bukak pintu tu nampak Noura tutup kepala. Mesti kena ketuk lagi kuat.”

“Bab makan tah macam mana. Patutlah tiap kali balik mcm kebulur anak kita tu. Bodohnya bersangka baik. Ralat betul. Noura seems okay je pergi and balik taska. Tak mengamuk. Rupanya itu sign dia takut. Kesiannya anak ibu abi. Maafkan ibu abi.”

“You all mmg tak layak jaga budak. Apatah lagi anak seistimewa Noura. Overclaim.
Attention to all parents, tengok muka bawah ni. Make sure ni bukan teacher anak-anak korang. Ramai teacher-teacher baik kat Malaysia ni. Semoga kita tak ditemukan dgn manusia bertopeng syaitan ni ya.”

Terkilan bercampur marah, Akma berharap semoga pelaku itu dikenakan balasan setimpal dan akan ambil tindakan.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.