in

Rundingan Jarak Jauh, Doktor Rusia Dibenar Guna AI Mulai 1 September Ini

8doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rusia akan mula menguatkuasakan peraturan baharu teleperubatan mulai 1 September yang membenarkan doktor menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sesi rundingan perubatan. Langkah ini dilihat sebagai evolusi penting dalam sistem penjagaan kesihatan digital negara itu.

Peraturan tersebut menetapkan empat jenis interaksi teleperubatan termasuk rundingan antara doktor, laporan keputusan diagnostik, rundingan dengan pesakit, serta pemantauan kesihatan pesakit secara jarak jauh. Doktor masih perlu melakukan pemeriksaan bersemuka terlebih dahulu sebelum meneruskan rawatan jarak jauh.


Screenshot 2025 08 03 at 1.37.09 PM

Menurut laporan Astro Awani, AI kini boleh digunakan oleh doktor untuk menyelaras rawatan selagi ia diluluskan secara rasmi, sekaligus memperluas instrumen profesional perubatan. Pendekatan ini menyasarkan untuk meningkatkan kualiti rawatan terutama di kawasan luar bandar dan dalam kes-kes kecemasan.

Rusia menekankan bahawa teleperubatan bukan semata-mata tentang teknologi, tetapi akses kesihatan yang lebih mudah, cepat dan berkualiti untuk pesakit di seluruh negara. Ini termasuk pesakit kronik, mereka yang tinggal jauh dari bandar, serta doktor di kawasan pedalaman yang memerlukan pandangan pakar.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, pihak berkuasa memberi tumpuan kepada peningkatan kemudahan teknikal, latihan doktor dan rangkaian hospital. Kerajaan juga akan memantau pelaksanaan dasar ini agar benar-benar memberi manfaat kepada pesakit dari segi akses, kemudahan dan mutu rawatan.

 

Baca: Doktor Pelatih Tidur M*ti Sampai Pesakit Di Wad Kecemasan Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.