in

Rumah Pelakon Drama Terkenal Kena Serbu, Jadi ‘Port’ Jual Produk Kosmetik Tak Berdaftar Dengan KKM!

Pelakon Serbu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, sekarang ini dah terlalu banyak produk kosmetik dan kesihatan yang dijual oleh golongan artis bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Yang okey dan dapat kelulusan KKM tu tak apalah.


Namun paling merisaukan ialah apabila produk tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berwajib dan sehingga dikategorikan sebagai ‘beracun’! Adoi… 

 

Kediaman artis terkenal kena serbu gara-gara jual produk ‘beracun’? 

Menurut Harian Metro, kediaman artis wanita yang juga pelakon drama terkenal telah diserbu Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) KKM di Subang Jaya, Selangor susulan satu aduan yang diterima mereka. 

Difahamkan juga, ini bukanlah kali pertama artis terbabit berdepan dengan masalah ini kerana sebelum ini dia juga pernah didenda di mahkamah atas kesalahan menjual produk kosmetik tidak berdaftar lebih 10 tahun lalu.

Serbuan ke kediaman artis berusia 40-an ini merupakan serbuan kedua lepas serbuan pertama yang diadakan pada tahun 2008.

Rampasan dilakukan CPF KKM membabitkan pelbagai kosmetik atas jenama artis itu antaranya krim malam, krim siang dan sabun. 

Ilustrasi Kosmetik 20180814 210909
gambar hiasan

 

Anggaran rampasan RM15,000, bakal didakwa 6 pertuduhan di mahkamah 

Kesemua produk tersebut telah dihantar ke Bahagian Pengesahan Pendaftaran KKM untuk tindakan lanjut.

“Sebelum serbuan dilakukan, pegawai CPF KKM terlebih dahulu melakukan penyamaran dan membeli produk kosmetik itu bagi mendapatkan bukti.

“Hasil serbuan di kediaman artis itu, CPF KKM merampas lima kosmetik tidak bernotifikasi dengan anggaran nilai rampasan lebih RM15,000,” kata sumber.

Artis terbabit akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini atas 6 pertuduhan dan kebanyakannya membabitkan kosmetik tidak berdaftar tanpa notifikasi.

4508222217001 5711705151001 5711690536001 Vs
sumber: astro awani

Pendakwaan akan dilakukan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Menurut pihak berkuasa, tindakan membabitkan golongan selebriti dan artis ini akan diteruskan berikutan KKM juga memiliki senarai beberapa artis tempatan lain yang didapati melakukan kesalahan yang sama. 

Kepada pengguna, hati-hatilah bila membeli produk kosmetik. Pastikan ada kelulusan KKM dulu ye. 

Baca: Netizen Kecam Jenama Kosmetik Tempatan Tiru Konsep Sephora dan Jual Kosmetik Palsu

Produk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.