in

Rumah Dah Lama Kena ‘Aim’, Suspek Tak Jadi Pecah Rumah Sebab Kantoi Kena Rakam CCTV

Page Pecah Masuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila zaman dah semakin maju ni, macam-macam jenis teknologi yang boleh digunakan demi memastikan keselamatan lebih terjamin. Boleh kata semuanya di hujung jari lah!


Sekarang pula, dah ramai yang memasang peranti kamera litar tertutup (CCTV) di rumah sebagai langkah berhati-hati sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tak diingini sepanjang ketiadaan mereka.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa dirinya hampir menjadi mangsa pecah masuk apabila rumahnya dimasuki suspek pada waktu siang semasa ketiadaan tuan rumah bersama isteri.

Rumah New

Difahamkan isteri kepada lelaki ini bertanyakan sama ada sliding door di rumah mereka memang dibiar buka ataupun tidak kerana mereka tidak pernah menggunakan bahagian tersebut untuk keluar masuk.

“Check CCTV, ada orang cuba masuk rumah aku”

Selepas menerima soalan itu dari isterinya, lelaki ini segera memeriksa rakaman video CCTV di rumahnya dan kelihatan seorang penunggang motosikal dengan selamba masuk ke dalam kawasan rumah.

Motor

Walau bagaimanapun, dipercayai individu tersebut tak sempat untuk meneruskan tindakannya selepas tahu yang dia dah pun ‘kantoi’ dirakam menerusi CCTV yang ada di rumah itu sebelum terus berlalu pergi.

“Maybe dia perasan ada CCTV dia terus cabut. Dekat gate tu dia mcm ada keluarkan something dari beg dia.” – Tulis lelaki ini

Ujar lelaki ini lagi, berkemungkinan besar yang rumahnya telah lama menjadi sasaran individu tersebut kerana dia sempat keluar 5 minit sebelum isterinya pulang dari kerja petang yang sama. Dia juga meminta penduduk sekitar Cheras dan Kuala Lumpur untuk sentiasa berhati-hati.

Allahu, nasib baik lah ada CCTV kat luar tu. Kalau tak…

Baca: “Tiga kali kena” – Yoe Parey Tutup Perniagaan Goreng Pisang Gara-Gara Sering Dipecah Masuk

Untitled 2 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.