in

“Rugi tak belajar bidang ni” – 5 Pekerjaan Paling Tinggi Permintaan Di Msia Tahun 2024

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni memang susah betul nak dapatkan kerja yang baik tapi pada masa yang sama dapat buat perkara yang memang kita minat. Ini kerana, kebanyakan dari kita sekarang mencari kerja demi kelangsungan hidup. Tambah lagi dengan ekonomi yang mencabar ni, memang tak boleh nak memilih sangat.

Namun begitu, bagi orang yang masih muda dan masih mencari-cari lagi bidang yang nak diceburi sebagai kerjaya, masih sempat lagi untuk tengok apa yang sesuai untuk diri korang dan pada masa yang sama dapat memastikan kerjaya tersebut mempunyai permintaan yang tinggi dan menawarkan gaji yang lumayan.


Jadi pada artikel kali ini, kita akan tengok beberapa pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang tinggi di tahun 2024.

1. Perbankan, perakaunan, perkhidmatan kewangan dan teknologi kewangan

61E8D38Bba66E24Bf91E7701 Untitled Design 20 Min

Di Malaysia, kita mengukur kejayaan melalui angka. Jadi, industri perbankan, perakaunan, perkhidmatan kewangan dan teknologi kewangan menjanjikan keuntungan untuk mencapai kekayaan. Bidang ini menawarkan beberapa pilihan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk individu yang sukakan nombor seperti pegawai bank, pengarah kewangan dan akauntan.

Tak cukup dengan itu, sektor teknologi kewangan yang semakin berkembang sekarang ni seperti dompet digital menggantikan cara kewangan tradisional membuatkan permintaan di dalam bidang ini menjadi semakin tinggi. Antara jawatan yang dicari adalah seperti jurutera perisian, penganalisis data dan pakar rantaian blok yang menjanjikan pendapatan lebih dari RM10,000 untuk jawatan tinggi.

2. Penjagaan kesihatan dan pakar perubatan

Healtcare

Di Malaysia, populasi penduduk semakin tua telah meningkat, ini pada masa yang sama turut meningkatkan keperluan penjagaan kesihatan. Selain itu, ekoran semakin kurang pelajar yang memilih bidang penjagaan kesihatan sekarang menyebabkan permintaan untuk bidang ini semakin meningkat.

Antara jawatan di dalam bidang perubatan yang mendapat pendapatan yang tinggi sehingga mencecah RM500,000 setahun termasuklah pengarah perubatan, pakar bedah, pakar perubatan serta jururawat.

3. Pakar pemasaran digital

How To Become A Digital Marketer With No Experience

Sekarang ni semua benda dah tukar kepada digital, ini menyebabkan banyak jenama memerlukan pakar digital yang tahu tentang “bahasa” media sosial, membaca algoritma serta membuat content yang kena dengan sasaran mereka.

Biasanya, pakar dalam pemasaran digital ini mendapat bayaran yang tinggi untuk kerja mereka. Di Malaysia, pendapatan mereka bermula dari RM70,000 setahun ke RM100,000 bergantung kepada pengalaman.

4. Jurutera awam

Untitled Design.png

Macam yang korang tahu, pembinaan dekat Malaysia ni tak pernah berhenti jadi permintaan jurutera awam juga memang sangat luas dan peluang untuk mencari pekerjaan juga tinggi. Fresh graduate dalam bidang ini boleh mendapat gaji dalam lingkungan RM5,000 sebulan manakala yang mempunyai pengalaman boleh mendapat pendapatan sebanyak lebih RM8,000 sehingga RM10,000 setiap bulan.

Kerjaya di dalam bidang kejuruteraan awam ini bukan hanya untuk mendapat pendapatan yang tinggi tapi juga dapat meninggalkan impak yang lama dalam persekitaran dan pembangunan negara tau!

5. Pakar sains data

Data Science Analyst Career Paths Guide To Leveling Up.jpg

Di era digital ini, syarikat dari pelbagai industri memerlukan pendapat yang boleh diberikan oleh pakar sains data. Disebabkan ini, pakar sains data akan diberikan pendapatan yang banyak mencecah sehingga RM12,000 ke RM15,000. Malah, fresh graduate dalam bidang ini juga boleh memulakan kerjaya dengan pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan.

Sumber: Monash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.