in

“Rugi kalau tak apply” – Syarikat Ni Nak Bayar Korang RM3,000 Untuk Tidur 8 Jam Selama 3 Bulan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berapa ramai kita dengar orang cakap “kan best kalau kerja aku tidur je”. Nampaknya benda ni boleh menjadi kenyataan…


Baru-baru ni, satu syarikat tilam tempatan, Sonno Malaysia telah mengeluarkan iklan kerja kosong. Tugasnya senang je, hanya perlu tidur! Dah tentunya iklan macam ni telah menarik perhatian ramai orang Malaysia dan antara korang pun mesti ada yang berminat kan?

Macam kerja-kerja lain, untuk apply kerja ni pun ada requirements dia juga. Iaitu:

Posisi yang ditawarkan: Esksekutif Tidur (kontrak)

Tempoh: 100 malam

Bayaran selepas 100 malam: RM3,000

Tarikh: 1 September – 10 September

Tempat: Bilik tidur sendiri

Keperluan:

  • Boleh berkomunikasi dengan sangat baik
  • Kreatif dan boleh buat konten tentang tabiat tidur
  • Mahir menggunakan media sosial

Kalau korang nak tahu, pekerjaan ini ditawarkan bagi membantu orang ramai untuk tidur dengan lebih baik dan untuk mencapai matlamat ini, eksekutif tidur perlu tidur berterusan di atas tilam Sonno Lite selama lapan jam dan tulis laporan tentang pengalaman tidur mereka.

Orang yang berjaya dapat kerja ni juga perlu menjejaki masa tidur dorang dan memberikan data untuk analisis sambil merakam video mereka dua kali seminggu selama 30 saat.

Sonno akan memberikan barang keperluan (tilam dan bantal), dan bila selesai, orang bertuah ni boleh simpan tilam dan bantal yang dorang dapat ni.

Menurut WORLD OF BUZZ, Sonno mengatakan yang hanya satu calon sahaja yang bakal dipilih dan dorang akan senarai pendekkan nama orang yang memohon jawatan ini dan akan temuduga sama ada secara bersemuka atau melalui telefon.

Jawatan ni ditawarkan untuk semua rakyat Malaysia tau! So, kalau korang berminat, korang boleh apply kat sini. Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Julai dan calon yang berjaya akan diberitahu pada 20 Ogos nanti.

Selamat mencuba!

 

Baca: “Sebab berhutang” – Isteri Tergamak Bayar 4 Pembunuh Upahan, Habiskan Nyawa Suami & Anak Tiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.