in

“Roti pun kena culik sekarang ni” – Lori Gardenia Hilang Di KL, Dijumpai Semula Di Terengganu

Feature 1 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, masyarakat kecoh apabila kilang roti Gardenia mengumumkan mereka tidak dapat menambah pengeluaran roti kerana pengeluaran mereka telah mencapai tahap maksimum. Bagaimanapun, mereka memberi jaminan roti mencukupi dan pengeluaran akan berjalan seperti biasa.


Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, roti Gardenia menjadi barangan yang paling berharga. Sampai habis roti kat kedai sebab ramai yang borong habis roti ni weh!

Kali ini admin nak kongsikan tentang lori Gardenia yang baru-baru ini tular di media sosial hilang di Kuala Lumpur akhirnya telah dijumpai semula di Terengganu, lapor Harian Metro. Alhamdulillah!

Roti 1

Difahamkan, lori tersebut telah ditemui oleh penduduk kampung berdekatan Masjid Beris Meraga, Kijal, Chukai, Terengganu.

Kesemua muatan roti dikatakan masih lagi ada di dalam lori itu yang telah ditemui kira-kira pada pukul 8 malam.

Roti 4

Roti 3

Rata-rata netizen berpendapat bahawa si pencuri bukannya mahu mencuri roti sebaliknya mungkin hanya mahu menggunakan lori untuk pulang ke kampung.

Roti 6

Ye lah, sebab kalau nak balik naik kereta macam biasa, mesti pihak polis akan halang. Logik jugak tu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan. Untuk siasatan lanjut,  kes juga akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Kalau betul lah tekaan netizen ni, memang rare betul cara dia nak balik kampung. Silap-silap tidur dalam lokap nanti. 

 

Baca: “Condition bau kedai, rare item” – Netizen Ambil Kesempatan Jual Roti Gardenia Sampai RM699?

Roti

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.