Rosmah Beri Keterangan di SPRM Esok

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pada 26 Januari 2016, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak membuat sebarang kesalahan jenayah berkaitan dengan dana 2.6 bilion dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Namun beberapa minggu lepas lepas, bekas Presiden UMNO itu telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan berkenaan kes penyelewengan tersebut. 

Sumber: mStar

Dipanggil dua hari berturut-turut, Najib selesai memberikan keterangan setelah hampir tujuh jam berada di bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada hari kedua. Menurut Malaysiakini, esok isteri bekas Pengerusi Barisan Nasional pula akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan perlu hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 11 pagi esok atas tujuan membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Putrajaya Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM akan mengambil dan merakam keterangan Rosmah berhubung kes itu.

Sumber: Malaysiakini

“Notis telah diberikan kepada Rosmah dan beliau perlu hadir pada esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini (SRC International).”

SRC International adalah merupakan anak syarikat 1MDB sehinggalah ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012.

Sumber: Blog

Kalau Datuk Seri Najib ambil masa dua hari untuk berikan keterangan, agaknya berapa lama SPRM perlukan untuk dapatkan keterangan dari Datin Seri Rosmah nanti? Sama-samalah kita tunggu esok.

Baca: “Saya rindu Rosmah” – Kartunis Zunar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.