in

Ronaldo Berang Nama ‘Messi’ Dilaung Ketika Tewas Dalam Piala Super Saudi

Cats 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, pemain sensasi Cristiano Ronaldo telah menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr selepas menandatangani kontrak termahal dalam sejarah bola sepak. Ini selepas Ronaldo tidak berjaya mencari kelab baharu sejurus kontraknya ditamatkan oleh Manchester United.

Bagaimanapun, nampaknya nasib Ronaldo juga tidak bernasib baik di Arab Saudi apabila pasukannya tewas 3-1 kepada Al-Ittihad pada separuh akhir Piala Super Saudi. Ronaldo juga tidak berjaya menjaringkan gol atau terlibat dalam penghasilan gol ketika perlawanan itu.


0 Fbl Ksa Cup Ittihad Nassr

Lebih memilukan, penyokong pihak lawan melaungkan nama Messi berulang kali selepas Ronaldo tidak berjaya menjaringkan gol ke atas pasukan mereka.

Tidak cukup dengan itu, pemain lawan, Hamdallah turut meraikan jaringannya dengan meniru gaya yang dilakukan Messi ketika bintang Argentina itu menjaringkan gol ke atas Real Madrid dalam aksi El Clasiso 2017. Hamdallah mengangkat bahagian belakang bajunya lalu menunjukkan ke arah kamera.

Abderrazak Hamdallah

‘Malang’ Ronaldo bertambah apabila dia terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan. Pemenang lima gelaran Ballon d’Or ini hanya mampu mencekak pinggang sebelum melambai ke arah rakan sepasukan.

Al-Nassr berjaya merapatkan jurang selepas Anderson Talisca menjaringkan gol pada minit ke-67. Bagaimanapun, perlawanan dimatikan oleh pihak lawan dengan lebih awal apabila Al-Shanqeeti menjaringkan gol pada minit ke-93.

Kredit: Utusan

BACA: Arab Saudi ‘Tutup Mata’ Ronaldo & Georgina Tinggal Serumah Meskipun Langgar Peraturan

Cats 52

Sumber: The Mirror
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.