in

“Rompak vaksin ke tu” – [VIDEO] Berpakaian Watak Siri ‘Money Heist’ Ke PPV, Buat Netizen Terhibur

Fi Money Heist

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja sekarang ini yang tak tahu, dengan siri rancangan terkenal iaitu Money Heist. Disebalik jalan penceritaan yang menarik, karakter yang ditunjukkan oleh watak dalam rancangan tersebut mula jadi ikutan ramai.


Memandangkan siri Money Heist ni dah jadi satu fenomena di Malaysia, ada beberapa individu ini yang datang ke sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sambil mengenakan pakaian dari karakter rancangan itu.

 

Pakai kostum siap bertopeng

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video menunjukkan gelagat beberapa orang individu ini yang memakai kostum watak Money Heist menjadi tular.

Menerusi perkongsian oleh @iliya pengyou, dilihat sekumpulan lelaki ini memakai kostum berwarna merah di samping mengenakan topeng muka ikonik dari siri tersebut.

Money Heist 2

Namun kedatangan mereka kali ini bukanlah untuk tujuan merompak, tapi bagi mendapatkan suntikan dos kedua vaksin di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pulau Pinang.

Walaupun dalam rancangan tersebut mereka dilihat menggerunkan, tapi mereka kelihatan baik akur mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan serta turut duduk di tempat masing-masing menunggu giliran.

Disebabkan terlampau famous, petugas-petugas di situ juga dilihat tak melepaskan peluang mereka untuk bergambar bersama sekumpulan individu berkenaan.

Gelagat mereka tersebut telah mendapat perhatian warganet, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 1.1 juta views di TikTok.

@iliyapengyou

usually only foreigners but today a troop of money heists come to our centre ?#ppvinxora #ppv #fypシ

♬ Bella ciao – HUGEL Remix Extended – El Profesor

 

“Jangan rompak makcik-makcik dekat situ pulak”

Menjengah ke ruangan komen, nyata rata-rata netizen terpegun dengan tindakan sekumpulan lelaki ini yang berpakaian seperti karakter dalam rancangan itu. Ada yang turut beri peringatan, supaya mereka ini tidak merompak sesiapa yang berada di sana ketika itu. Bukan kaleng-kaleng imaginasi korang eh.

Reak Money Heist 4 Edit Reak Money Heist 2 Edit Reak Money Heist 3 Edit Reak Money Heist 1 Edit

Makin jadi fenomena cerita Money Heist ni. Agak-agak lepasni karakter apa pula yang muncul dekat PPV ni, mungkin Peaky Blinders?

 

Baca : “Berjanggut ni tunggu” – Money Heist Siri Akhir Bakal Ditayangkan Hujung Tahun Ini, Ramai Tak Sabar!

Foot Money Heist

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.