in

“RM5. Ini saja aku ada” – Bapa Malu Tak Cukup Duit Bayar Caj Van Jenazah Anak OKU, Tapi Apa Lelaki Ni Buat…

Van Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Duit bukan segala-galanya, tapi duit juga adalah segala-galanya. Tanpa wang kita bukan saja tak boleh makan dan minum, zaman sekarang nak uruskan jenazah pun kena guna duit juga.


Menerusi posting Yunizam Yusof di Facebook, dia telah berkongsi satu kejadian yang menimpa seorang bapa yang ingin menguruskan jenazah anak OKUnya di Sabah. 

 

“Lima Ringgit Malaysia. Ini saja aku ada” 

Menurut Yunizam, dia yang memiliki van jenazah sendiri itu berasa amat sedih bila mendapat tahu seorang bapa hanya mempunyai RM5 saja untuk membayar caj van jenazah untuk anak OKUnya yang meninggal dunia. Allahu.. kesiannya! 

Oku 1
sumber: facebook
65907051 1302663133233763 6390578115705307136 N
sumber: facebook

 

“Semasa di dalam van ayahnya nampak sedih dan tidak tenang… Rupanya si ayah risaukan pasal bayaran sewa van jenazah” 

Ketika menunggu ingin uruskan jenazah, Yunizam pelik melihat situasi si bapa yang nampak tak tenang dan sedih ketika memasuki van jenazah. Lepas disiasat rupanya si bapa tiada langsung wang simpanan dan tak mampu nak bayar caj van jenazah. 

Mujurlah Yusnizam tidak mengambil sebarang bayaran, malah memberi lagi adalah! Syukur alhamdulillah… 

Okkk

66014690 1302663253233751 3948070999479549952 N

66244573 1302663283233748 7966159389042147328 N
sumber: facebook

 

“Bayaran untuk segala penat lelah mu bro, dibayar di SANA nanti” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini memuji tindakan lelaki tersebut dan berharap dia akan terus membantu mereka yang memerlukan lagi. Jangan bimbang bro, semua ini akan dibayar cash oleh Allah bila di akhirat nanti. Amin.

Syukur
sumber: facebook

Semoga lebih ramai lagi wujud orang yang berhati baik macam ni. Teruskan usaha mu bro! 

Baca: “Masih ramai orang yang baik-baik” – Duit Poket Tinggal RM20, Gadis Tak Sangka Ini Yang Kawan-Kawannya Sanggup Buat…

Maggie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.