in

Ricky Martin Nafi Jalin Hubungan Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara, Kini Dikenakan Perintah Sekatan?

Collage 30

Korang mesti tahu lagu Livin’ La Vida Loca kan? Kalau korang nak tahu, penyanyi lagu ni, Ricky Martin kini sudah pun berusia 50 tahun tau!

Baru-baru ini, nama Ricky agak kecoh diperkatakan selepas dia dikenakan perintah sekatan di negaranya Puerto Rico di bawah undang-undang jenayah domestik. Lah apa cerita pulak ni?

Menurut media di sana, perintah ini dikeluarkan selepas Ricky dikatakan telah stalk rumah orang yang dia pernah jalin hubungan cinta selama tujuh bulan selepas tak boleh terima putus cinta dengan orang tersebut dua bulan lalu.

Dakwaan yang telah pun berlegar sejak awal bulan lalu ini telah pun dinafikan oleh penyanyi ini sendiri melalui ciapan di Twitter peribadinya.

Perintah sekatan yang dikenakan ke atas saya adalah berasaskan tuduhan palsu.”

Sumbang mahram dengan anak saudara sendiri?

Namun beberapa hari lepas, media Sepanyol melaporkan bahawa adik Ricky Martin, Eric Martin mendakwa individu yang memfailkan aduan terhadap penyanyi tersebut adalah anak saudara lelakinya sendiri berusia 21 tahun. Ah sudahhh

Namun begitu, peguam yang mewakili Ricky telah pun mengeluarkan kenyataan kepada People’s Magazine menafikan tuduhan tersebut.

https://www.instagram.com/p/CdE1bLptR5F/

Malangnya, orang yang buat aduan ini mengalami masalah mental yang teruk. Ricky Martin dan tentunya tak pernah dan tak akan terlibat dalam apa-apa hubungan dengan anak saudaranya sendiri.

“Tuduhan ini bukan sahaja tidak benar malah menjijikkan. Kami harap lelaki tersebut dapat pertolongan dengan segera. Selain itu, kami juga berharap kes ini akan digugurkan selepas hakim melihat fakta disebaliknya.”

Untuk pengetahuan korang, berdasarkan undang-undang Puerto Rico, tuduhan menjalinkan hubungan sumbang mahram ini boleh dikenakan penjara selama 50 tahun jika didapati bersalah tau!

Apa-apa pun kita tunggu keputusan lanjut nanti.

 

Baca: “Mati akibat cacar air” – Keturunan Cacat Kerabat Raja Dulu Hasil Mengamalkan Sumbang Mahram Demi Jaga Darah Diraja

Screenshot 2022 07 18 At 12.01.49 Pm