in

Ribuan Ikan Terdampar Di Maluku Utara, Netizen Cetus Spekulasi Kemungkinan Tsunami?

Untitled Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk di kawasan pantai di Maluku Utara, Indonesia dikejutkan dengan satu fenomena alam yang di luar kebiasaan — apabila ribuan ikan kecil naik ke permukaan air dan terdampar di pesisir pantai.


Dalam satu video yang turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter pada 24 November lalu, penduduk dilihat bersorak gembira. Bagi mereka, barangkali ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka kerana tidak perlu turun ke laut untuk mendapatkan ikan.

 

Namun lain pula reaksinya bagi segelintir netizen yang menyaksikan video tersebut.

Ada yang risau, kerana sebarang kejadian femomena alam di luar kebiasaan seringkali dikaitkan dengan petanda-petanda bahawa bencana yang lebih buruk akan berlaku. Antara yang dibimbangkan mereka adalah kemungkinan ia petanda akan berlakunya tsunami.

1 19

2 16

3 17

4 7

5 2

Lebih menakutkan, pada tarikh yang sama memang ada laporan gempa bumi di Maluku. Namun ada juga yang memberi penjelasan bahawa fenomena seumpama itu pernah berlaku sebelum ini, disebabkan oleh kehadiran ikan pemangsa di dalam laut.

Aa 4

Apa pun, setiap fenomena alam ada penjelasan saintifiknya. Bagi kejadian seumpama ini, penjelasan lanjut boleh dibaca di sini.

 

Baca: “Ni petanda apa ni?” – Dua Fenomena Luar Biasa Berlaku Di Terengganu, Sepasang ‘Paus Pembunuh’ & Harimau Datang ‘Melawat’

Capture 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.