“Rezeki tu bukan milik kita je” – Lelaki Ini Kongsi Pesanan Bosnya, Buat Netizen Terkesan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang rasa susah sangat untuk hidup sampai nak makan pun tak mampu? Mungkin definisi susah tu lain untuk setiap orang. Apa-apa pun setiap dari kita tahu apa erti susah tu.

Kali ni kami nak share satu komen dari warga Facebook yang di kongsi di Twitter oleh @nniktsnm.  Dalam komen tu ada cerita macam mana seorang yang susah terpaksa mencuri untuk meneruskan kelangsungan hidup. Korang baca sendiri lah cerita kat bawah ni.

 

Sama-sama kita ambil pengajaran

Memang sedih weh baca cerita tu. Terkesan dengan apa yang bos dia kata. Siapa sangka kan susah sampai bagi anak makan Mamee je. Haish, sapa pulak potong bawang ni.

Itu lah kan, Mamee je yang dia mampu bagi. Memang nampak betul susah dia tu sampai terpaksa mencuri lah untuk bagi anak makan. Whatever it takes!

Ni pun satu, dah tahu cerita kawan tu yang kau nak charge sampai 10 kali ganda tu dah kenapa? Memang suka tindas orang dalam kesusahan ke apa? Tak berhati perut langsung

Setuju, tak adil untuk dia buat macam tu. Memang dasar penindas. Habis tu duit yang dia dapat 10 kali ganda tu dia buat apa? Ish ish ish… geram pulak. 

Yes everyone. Semua orang patut ada sifat macam ni. Bantu orang yang teraniaya dan mudahkan urusan mereka. Jangan tindas. Bukan untuk polis je tau, untuk semua sekali

Yang paling terkesan adalah statement boss dia, “Tuhan nak uji aku dengan pangkat yang aku ada”. Kadang-kadang tu kita lupa, dengan pangkat dan jawatan yang kita ada, kita boleh bantu orang dalam kesusahan. Apa yang kita pilih seterusnya tu yang menentukan hati kita. Dia di uji dengan kesusahan, kita diuji dengan kemampuan dan kesantunan kita. Harap sama-sama boleh ambil pengajaran dari kisah ini.

 

Baca: “Atok siapa buat perangai ni” – Warga Emas Tak Tahu Malu Curi Bra & Spender Dalam Rumah Orang Tak Dikenali

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.